KUASA cinta menyatukan pasangan ini. Biarpun mempunyai kekangan tidak memahami bahasa yang dituturkan, aplikasi Google Translate digunakan untuk berkomunikasi.

Luke Dickinson, 28, dan Vira Klimova, 37, berkenalan menerusi grup di kumpulan Facebook ditubuhkan untuk membantu mereka yang melarikan diri dari peperangan di Rusia. Pertemuan maya menerusi kumpulan sokongan sosial itu tidak disangka-sangka membibitkan rasa cinta.

Pasangan Dickinson dan Klimova yang baharu sahaja berkahwin pada September lalu awalnya menggunakan khidmat terjemahan Google pada telefon mereka setiap kali berkomunikasi.

“Klimova menggunakan Google Translate pada setiap mesej kerana beliau tidak menguasai Bahasa Inggeris.

“Kami bergelak ketawa dan bergurau, rasa jenaka itu sempurna. Kebanyakan orang mengatakan tiada siapa yang memahami humor Inggeris, tetapi Vira faham. Saya sangat menyukainya, jadi halangan bahasa tidak penting,” kata Dickinson.

Baca juga: Anak lelaki bermata biru curi tumpuan, ibu cerita hal sebenar keunikan

Beliau menyertai beberapa kumpulan dalam talian untuk membantu mangsa peperangan yang melarikan diri.

“Klimova sudah dipilih dan dokumennya sudah tersedia untuk datang ke United Kingdom (UK). Saya telah melihat foto beliau dan kemudian menghantar mesej peribadi kepadanya,” ujar lelaki itu.

Pasangan itu mula berbual dan kadangkala meluangkan masa sejam sehari untuk menghantar mesej teks sementara Klimova yang juga seorang ibu tunggal menunggu kelulusan untuk berangkat ke Britain.

Kerjaya Klimova sebagai akauntan di firma guaman di Odesa hancur selepas peperangan tercetus. Malahan kediamannya musnah dibom pada Februari lalu.

Beliau melarikan diri bersama anak perempuannya, Karina, 15.

Baca juga: [VIDEO] Idea unik, pengantin jadikan sayur segar buah tangan tetamu majlis kahwin

Dua beranak itu mengambil masa beberapa minggu mengembara ke seluruh Eropah dan perjalanan mereka berakhir di Belanda.

Klimova memohon visa UK kerana mempunyai rakan di Bristol yang menawarkan untuk diri menjadi penajanya.

Iklan

Klimova dan anak tiba di Britain pada 6 April dan beliau segera mempelajari Bahasa Inggeris, mendapatkan lesen memandu dan mengemaskini kelayakan perakaunan Ukraine bagi membolehkannya mendapatkan pekerjaan.

Setelah beberapa bulan, pada Julai Dickinson dan Klimova akhirnya bertemu dan mendapati wujud keserasian antara mereka.

Wanita itu sudah boleh tertutur beberapa perkataan Inggeris biarpun adakalanya masih perlu menggunakan terjemahan Google Translate.

Mereka berkahwin di Bristol pada 30 September diikuti dengan majlis resepsi bersama rakan dan keluarga.

Pasangan berbeza bahasa itu mengharapkan untuk berbulan madu di Poland agar dapat dapat membawa Dickinson bertemu dengan keluarga Klimova di sana.

Iklan

Baca juga: Pasangan kekasih pembawa talasemia menangis terpaksa putus, enggan risikokan zuriat warisi penyakit 

Sumber: The Irish Mirror, The Scottish Sun

Kredit foto:  (Image: Andrew Lloyd, Tatiana Tarasovskaya/Triangle News)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi