SEMUA sedia maklum, punca penularan wabak Covid-19 dikatakan bermula di sebuah pasar di Wuhan, China sebelum mencetuskan pandemik mengerikan di seluruh dunia.

Pun demikian, terlalu banyak teori yang turut dikaitkan. Antaranya virus korona tersebar disebabkan kebocoran makmal di wilayah sama, bahkan ada dikaitkan dengan konspirasi Barat.

Sehingga kini, tiada satupun laporan rasmi yang memaklumkan punca sebenar jangkitan wabak Covid-19 kerana ia masih dalam siasatan.

covid-19

Memetik laporan straitstimes.com, dalam satu kajian terbaharu menunjukkan bahawa jangkitan virus itu boleh disebarkan melalui haiwan kepada manusia secara semula jadi.

Tidak tahu sama ada ia satu kebetulan atau sebaliknya, dalam penyelidikan yang sama menyebut, lebih 47,000 haiwan liar diseludup masuk ke pasar Wuhan tersebut sejak lebih dua tahun sebelum kluster Covid-19 pertama dilaporkan.

Merujuk jurnal Scientific Reports, antara haiwan yang boleh membawa wabak Covid-19 seperti cerpelai, rakun, musang, tikus dan hog badgers dikesan dijual di pasar tersebut.

covid-19

Semua haiwan yang dinyatakan itu berpotensi pembawa penyakit itu. 38 spesies daripadanya telah dikesan dijual secara haram di pasar di Wuhan bermula Mei 2017 hingga November 2019.

Boleh dikatakan tarikh yang direkodkan itu ‘ngam’ betul sebelum berlaku penularan wabak tersebut. (Kebenarannya masih belum diketahui lagi dan sekali lagi, ia mungkin berlaku secara kebetulan sahaja)

Baca juga Bayi terpaksa dikeluarkan awal, ibu positif Covid-19 masih di ICU. Warga maya mendoakan Dr Fatihah segera sembuh

Sebanyak mana pun andaian, pandangan atau hipotesis, siasatan terhadap asal usul Covid-19 masih kabur kerana masih terdapat lompong kosong dan ketidakteluskan maklumat penting termasuk aktiviti makmal yang mencurigakan di Wuhan.

Dalam satu artikel yang disiarkan oleh wsj.com, sesetengah pihak menegaskan bahawa dakwaan kebocoran virus dari sebuah makmal di Wuhan perlu disiasat lebih lanjut kerana dikatakan masuk akal.

covid-19

Iklan

Difahamkan, bahagian perisikan Amerika Syarikat masih berminat untuk menyiasat lebih mendalam sama ada wabak korona itu berpunca daripada haiwan pembawa atau ada kaitan kemalangan makmal.

Memang banyak pertikaian dan tuduhan tersebar menerusi media sosial terhadap punca penularan wabak tersebut, namun tiada siapapun tahu apa kisah sebenarnya di sebalik semua ini?

Baca juga Kagum! Doktor hospital di UK, puji cara Malaysia tangani Covid-19

Meskipun isu tersebut sudah menjadi perhatian dunia, namun wabak pandemik yang melanda negara masih belum berakhir.

Sehingga kini, mangsa korban direkodkan seramai 3.74 juta orang dan jumlah pesakit seramai 174 juta orang seluruh dunia.

Iklan

covid-19

Di Malaysia, sebanyak lebih 622,000 kes dilaporkan, melibatkan 3,460 orang meninggal dunia disebabkan wabak tersebut.

Justeru, semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu memutuskan jangkitan dan patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Sekiranya semua bersatu padu, tidak mustahil jumlah kes sepanjang tempoh lockdown akan menurun sekali gus kembali kepada sifar. #kitajagakita #kitalaluibersama