SEMALAM penduduk dunia menarik nafas lega selepas serpihan roket Long March 5B yang dikatakan hilang kawalan telah terhempas di Lautan Hindi berhampiran perairan Maldives.

Menurut Agensi Kejuruteraan Angkasa Lepas China, objek seberat 18 tan yang dijangka memasuki atmosfera bumi semalam dilaporkan terjatuh sebelum hancur di perairan berkenaan.

Menurut laporan tersebut hasil pemantauan dan analisis yang dijalankan, pada pukul 10.24 pagi (waktu tempatan) semalam, bangkai roket terakhir yang dilancarkan Yao-2 Long March 5B telah memasuki atmosfera.

Kawasan pendaratan berada pada koordinat 72.47 ° garis bujur timur dan 2.65 ° garis lintang utara di Lautan Hindi.

Sebelum ini, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (AS) membuat jangkaan serpihan roket China akan terhempas di Lautan Pasifik berdekatan garisan Khatulistiwa selepas melalui kawasan bandar di timur AS.

Garisan orbit itu meliputi sebilangan besar kawasan dari New Zealand hingga Kepulauan Newfoundland, Kanada.

Serpihan daripada roket Long March 5B itu dikesan sejak ia dilancarkan minggu lalu. Sementara itu, serpihan purata berukuran 30 meter akan menjadi serpihan angkasa lepas terbesar yang jatuh ke bumi.

Terdahulu, Roket Long March 5B yang dilancarkan dari Pulau Hainan dilaporkan gagal dikawal dan dijadualkan sudah melakukan pendaratan di bumi.

Roket itu dilaporkan membawa modul ‘Tianhe’ yang mengandungi ruang kuarters untuk tiga anak kapal di stesen angkasa kekal China.

Leganya! Roket China akhirnya terhempas di Lautan Hindi, antara laut yang kuat arusnya

Berikut info menarik mengenai Lautan Hindi:

1. Lautan Hindi atau India adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20 peratus permukaan air bumi.

Iklan

2. Di Utara ia disempadani Selatan Asia; di Barat Semenanjung Arab dan Afrika; di Timur (Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Australia) manakala di selatan pula Lautan Selatan.

3. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian dan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.

4. Luasnya 68,556 juta km² termasuk Lautan Andaman, Lautan Arab, Teluk Bengal, Great Australian Bight, Teluk Aden, Teluk Oman, Saluran Mozambique, Teluk Parsi, Laut Merah, Selat Melaka dan sebagainya.

Baca juga Serangan Masjid Al Aqsa: Semangat orang beriman tidak pernah hilang, penindas zalim selalu gagal. Selebriti kongsi kedukaan

5. Panjang pantai adalah berjumlah 66,526km.

Iklan

6. Kedalaman Lautan Hindi mencecah 4,000 meter iaitu sembilan hingga 10 kali ganda ketinggian Menara Berkembar Petronas (420 meter).

7. Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter.

8. Lautan Hindi bersifat dinamik dan merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya kerap berubah.

9. Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut.

Sumber: AFP & Agensi