BERPANTANG maut sebelum ajal. Demikian yang terjadi kepada seorang pelajar Brazil apabila leka berparti hingga tidak menyedari dirinya ditembak di bahagian kepala.

Mateus Facio, 21, pada mulanya menyangka kepalanya dipukul oleh seseorang yang sebelum itu membaling batu ketika dia sedang berpesta pada malam tahun baharu di Rio de Janeiro.

Malah, beliau tidak memikirkan apa-apa sementelah pendarahan berhenti dengan cepat.

Facio kemudian meneruskan aktiviti berpesta termasuk berenang di laut selama empat hari bersama rakan-rakannya.

Baca juga:Goodbye Kuala Lumpur, jauh di mata, dekat di hati. Hantaran TikTok Raja Permaisuri Agong undang sebak sayu

Baca juga:Nyaris maut jatuh landasan kereta api, tindakan pantas ibu selamatkan dua anak

Bagaimanapun, beliau mengalami kekejangan di bahagian lengan kanannya. Selepas menjalankan imbasan Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan), para doktor terkejut apabila mendapati terdapat peluru di otak Facio.

Pelajar universiti itu kemudiannya menjalani pembedahan selama dua jam dan menghabiskan masa dua hari di dalam unit rawatan rapi.

Baca juga:Ibu rayu henti sebar video arwah anak semasa dijumpai, ini kronologi kejadian tragis kanak-kanak 2 tahun maut jatuh longkang

Kini, beliau di rumahnya di Juiz de Fora, selatan Brazil bagi menjalani proses pemulihan.

Akuinya, perjalanan sejauh 200 batu ke hospital di Juiz de Fora pada 4 Januari lalu mengambil masa tujuh jam berbanding empat jam setengah kerana sebelah badan berasa tidak bermaya.

Iklan

Pakar bedah saraf, Flavio Falcometa berkata, hasil pembedahan tersebut mendapati, sebahagian peluru menembusi otaknya menyebabkan mampatan di kawasan itu dan lengannya bergerak tanpa disengajakan.

“Jika ia menembusi beberapa milimeter dari posisi ini, ia boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius selain lengan atau sebelah badannya lumpuh.

‘Ia sangat berisiko untuk pesakit tetapi kami percaya bahawa dalam 20 hingga 30 hari beliau akan dapat meneruskan kehidupan normal,” katanya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Sumber : Daily Mail UK