Leka sesaat, ibu bapa cemas bayi 18 bulan, hanyut tengah laut
IBU bapa merupakan insan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan anak-anak.
Lebih-lebih lagi bayi yang memerlukan pemantauan dan penjagaan berganda daripada orang dewasa.
Jika cuai waima sesaat macam-macam insiden boleh menimpa si kecil.
Inilah dialami sepasang suami isteri yang cemas apabila bayi mereka berusia 18 bulan hanyut ke tengah laut dibawa angin kencang di Tunisia pada Sabtu lalu.
Baca juga [VIDEO] Kanak-Kanak Perempuan Tak Kekok Memasak, Jaga Adik Selepas Ibu Meninggal Dunia
Sebelum kejadian difahamkan bayi berkenaan diletakkan di atas pelampung, tetapi disebabkan terleka suami isteri itu tidak menyedari anaknya hanyut sejauh 1.5 kilometer dari pantai.
Menyedari anak perempuan berada di tengah laut, ibu bapa terbabit segera mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa.
Memetik laporan Daily Mail, Unit Perlindungan Awam bersama sukarelawan bergegas menuju ke lokasi bayi tersebut menggunakan jet ski.
Baca juga Kanak-Kanak Dicampak, Dihempas 27 Kali Ketika Latihan Judo. Koma 70 Hari Akhirnya Meninggal Dunia
Satu rakaman video menunjukkan sebaik tiba di sana kelihatan seorang lelaki bertindak menariknya bayi itu.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dialaminya.
Difahamkan, rakyat Tunisia kini mengambil peluang beriadah di pantai berikutan musim panas.
Sumber: Daily Mail
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang