BAK peribahasa kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan mungkin paling sesuai buat seorang lelaki yang berusia 58 tahun ini.

Mana tidaknya, pada mulanya hajat melamar seorang wanita namun lamaran ditolak malah ditawarkan pula si anak gadis.

Lelaki yang dikenali sebagai Bora itu menggemparkan penduduk sekitar sebaik melafazkan ijab kabul terhadap isterinya Ira Fazillah yang berusia 19 tahun.

Menurut laporan Kompas, pernikahan pasangan tersebut berlangsung di Dusun Cippaga, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Dilaporkan sebelum itu Bora melamar ibu kandung Ira, tetapi ditolak sebelum ibu gadis itu menawarkan anak sulungnya untuk dinikahi.

Digantung tidak bertali

Setelah sepakat, akhirnya pernikahan antara Bora dan Ira dilangsungkan di depan penghulu.

Baca juga Sudah duduk dan letak semua barang hantaran depan pengantin, rupa-rupanya tersalah rumah

Kata Ketua Kampung Bana, Ishak, proses pernikahan mereka berjalan lancar dengan mas kahwin yang diberikan bernilai 10 juta rupiah (RM2,841) serta tanah dan kebun seluas satu hektar.

Iklan

Menurutnya, walaupun pada awalnya Bora ingin memperisterikan ibu Ira namun ditolak, atas persetujuan kedua-duanya akhirnya pernikahan itu selesai dilangsungkan.

Kata Ishak, bora juga adalah seorang lelaki bujang dan tinggal sendirian selepas merantau ke Sulawesi Tenggara manakala Ira adalah anak sulung daripada tiga beradik.

Iklan

Difahamkan juga, kedua orang tua Ira sudah lama bercerai dan selama ini dia dibesarkan oleh ibunya yang bekerja sebagai petani.

Di samping itu, tegas Ishak, pernikahan pasangan berkenaan berlangsung atas dasar suka sama suka bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.