KEJAM! Tergamaknya seorang anak membunuh dan memakan mayat ibu kandungnya di sebuah flat di Madrid, Sepanyol.

Dalam kejadian pada awal tahun 2019, Alberto Sanchez Gomez didapati membunuh ibunya, Maria Soledad Gomez sebelum mengerat dan memakan mayat terbabit selama lebih 15 hari.

Artikel berkaitan: Ibu Kejam Mandikan Bayi Dengan Air Panas, Biarkan Selama Satu Jam

Memetik kenyataan nypost.com, bekas pelayan tersebut memberitahu mahkamah sebelum ini bahawa terdengar suara mendesaknya membunuh mangsa yang mana pada ketika itu mereka sedang menonton televisyen bersama di rumah.

Alberto Sanchez yang digelar ‘Kanibal Las Ventas’ telah bertindak mencekik ibunya hingga mati selepas mereka berdua bertengkar.

Kemudian, dia mencencang mayat mangsa menggunakan gergaji dan dua pisau dapur.

kejam mayat
SELAIN dimakan, beberapa bahagian mayat ibunya diberi kepada anjing dan dibuang ke dalam tong sampah.

Lebih tragis pemuda berusia 28 tahun itu menyimpan beberapa bahagian mayat di dalam peti sejuk manakala bahagian lain diberi kepada anjing dan dibuang ke dalam tong sampah.

Artikel berkaitan: Kejamnya, Sanggup Penggal Kepala Bapa Sendiri Dan Usung Sekeliling Kampung

Iklan

Polis telah menemui mayat mangsa di dalam bekas plastik selepas jiran mendakwa tidak melihat wanita itu selama sebulan.

Tindakan tidak berperikemanusiaan, Alberto Sanchez akhirnya memakan diri.

Iklan

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun lima bulan atas kekejaman dilakukan terhadap mayat ibunya sendiri.

Sumber: www.mirror.co.uk dan news.com.au