SAYA dapat rasakan berada di dalam perut dan paus sedang menelan saya.”

Berikut merupakan detik cemas dialami oleh seorang pencari udang galah di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Menurut Michael Packard yang berusia 56 tahun, sebelum kejadian beliau sedang mengutip udang galah yang dipancingnya di perairan Provincetown, AS.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba pemancing veteran itu berasa dunianya gelap gelita. Tanpa mengambil masa yang lama beliau menyedari bahawa dirinya telah ditelan seekor ikan besar.

udang galah
PACKARD menunjukkan antara udang galah hasil yang dipancingnya. 

Pada mulanya, Packard menyangka menjadi ‘makanan’ ikan jerung putih, tetapi berasa pelik kerana tidak merasai kesakitan digigit gigi tajam. Rupa-rupanya beliau ditelan humpback whale atau paus kelasa.

“Saya dapat merasakan paus terbabit sedang menelan dan saya bergerak ke dalam perut secara perlahan-lahan.

“Sepanjang tempoh itu, saya hanya memikirkan isteri dan anak-anak serta beranggapan okey…tiba masanya saya mati,” kongsi beliau seperti dipetik Dailystar.co.

ikan paus
GARA-GARA gagal menelan paus kelasa terus memuntahkan ke udara sebelum Packard jatuh dan terapung di perairan Provincetown, AS.

Pun begitu, bak peribahasa lama ‘berpantang maut sebelum ajal’ umur Packard masih panjang walaupun berdepan detik yang hampir meragut nyawanya.

Iklan

Artikel berkaitan: [VIDEO] Hampir ‘Ditelan’ Ikan Paus Ketika Berkayak, Awas Penggemar Aktiviti Sukan Laut!

Dalam kiraan 30 saat kerana gagal menelannya paus terbabit terus memuntahkan Packard.

Iklan

“Paus berkenaan memuntahkan saya ke udara, lalu saya jatuh ke dalam laut dan terapung. Tak sangka insiden ini benar-benar berlaku,” ceritanya.

Pengalaman pahit menimpa lelaki tersebut disaksikan oleh rakannya, Josiah Mayo yang berada di atas bot.

udang paus packard
PACKARD dilaporkan berada dalam keadaan baik cuma mengalami kerosakan tisu lembut pada bahagian kaki.

Beliau segera menarik Packard yang terapung di atas air sementara menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat Provincetown dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati Packard mengalami kerosakan tisu lembut pada bahagian kaki. Namun begitu, beliau tidak mengalami patah tulang atau kecederaan serius yang lain.