Lelaki hilang 2 minggu lepas taufan rupanya dimakan buaya gergasi

A
A
A

SEORANG lelaki warga emas menjadi mangsa seekor buaya sepanjang 12 kaki seberat 228 kilogram di Louisiana, Amerika Syarikat.

Warga emas berkenaan dikatakan hilang selepas kediamannya dibadai taufan Ida 30 Ogos lalu.

Coroner Paroki St. Tammany Dr. Charles Preston akhirnya mengesahkan mayat yang ditemui di dalam buaya adalah mayat Timothy Satterlee yang berusia 71 tahun, yang hilang pada 30 Ogos setelah serangan buaya.

Isteri Satterlee dilaporkan berkata dia dikejutkan dengan bunyi percikan yang kuat dan segera keluar rumahnya.

Baca juga [VIDEO] Gaya Pelik Kambing Hitam Berjalan Buat Ramai Merinding, Padanlah Pemilik Mahu Jual Cepat-Cepat

Apabila tiba di luar rumah, alangkah terkejutnya melihat suami telah diserang oleh buaya. Lebih mencemaskan sebelah tangan warga emas itu telah direnggut buaya berkenaan.

Wanita berkenaan kemudian keluar dengan dengan perahu untuk mencari kawasan dengan isyarat telekomunikasi untuk menghubungi 911. Namun sekembalinya ke rumah, Satterlee telah hilang bersama buaya berkenaan.

Susulan itu, usaha mencari dilancarkan oleh pihak berkuasa tempatan namun ia tidak membuahkan hasil sehingga dua minggu kemudian.

Buaya gergasi itu ditangkap dan dibunuh . Setelah dibedah, tubuh Satterlee ditemui di dalam perut buaya berkenaan.

Taufan Ida badai Louisiana, sama kuat dengan Katrina.

Menurut Preston, dia memutuskan bahawa kematian itu sebagai kemalangan.

Buaya jenis American alligator ialah antara yang terbesar di dunia. Buaya jantan dewasa spesies ini boleh mencapai ukuran 11.2 hingga 15.1 kaki panjang dan seberatnya 453 kg.

Buaya terbesar jenis ini pernah ditangkap di Marsh Island, Louisiana sepanjang 19 kaki.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: Forbes

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang