BAYANGKAN letusan letupan yang berlaku di pinggir Beirut yang tular dek kejadian itu yang mengejutkan masyarakat dunia sejak semalam. Kejadian mengakibatkan sekurang-kurangnya 100 orang mati dan ribuan cedera, menggegarkan ibu kota Lubnan.

Wartawan foto Bilal Jawich yang ketika itu berada di rumah rupanya sempat mengikuti kesan ke kawasan berhampiran pelabuhan Beirut di lokasi kejadian.

Menjelaskan kepada CNN Arabic, jiwa kerjayanya itu telah membawanya ke Hospital Al Roum, di Ashrafieh, terletak tidak jauh dari kawasan yang hancur akibat letupan itu.

“Apa yang saya lihat di sana sungguh luar biasa. Saya kagum apabila melihat jururawat itu memegang tiga bayi yang baru lahir. Saya perhatikan ketenangan jururawat berkenaan di samping beberapa mangsa yang mati dan cedera terbaring berdekatan.

“Namun, jururawat itu sepertinya memiliki kekuatan tersembunyi yang memberikannya kawalan diri dan kemampuan untuk menyelamatkan anak-anak itu. Sesuailah dengan tugasnya sebagai jururawat,” katanya.

Jawich berkata, jururawat berkenaan memberitahunya petang itu bahawa dia berada di wad bersalin ketika letupan meletus. Beliau sempat membawa membawa sama ketiga-tiga anak ini,” katanya kepada CNN Arabic.

Artikel berkaitan: Dari baja jadi punca letupan di Beirut, ‘ancaman’ pada paru-paru

Tidak semua orang di hospital bernasib baik. George Saad, pengurus kecemasan dan pengurus bencana untuk hospital, memberitahu CNN bahawa 12 pesakit, dua pelawat dan empat jururawat meninggal dalam kejadian semalam.

Sementara tu, dua lagi masih dalam keadaan kritikal. Sebanyak 80 peratus bahagian di hospital mengalami kerosakan dan 50 peratus kemudahan peralatan juga terjejas, katanya.

Iklan

Saad memberitahu CNN bahawa bayi dan ibu mereka telah dipindahkan ke hospital lain.

Letupan semalam dikaitkan dengan bekalan bahan peledak yang dirampas dan berpotensi tidak selamat, disimpan di gudang di pelabuhan kota, dekat dengan kawasan penduduk.

Iklan

Ketika pemimpin dunia dan organisasi antarabangsa menawarkan bantuan, pegawai tempatan juga melancarkan siasatan mengenai letupan itu.

Rumah sakit di Beirut dengan cepat dibanjiri mangsa. Bahagian kecemasan hospital besar, Pusat Perubatan Universiti Amerika Beirut, masih beroperasi.

Sementara itu, empat hospital lain tidak berfungsi setelah mengalami kerosakan dalam letupan itu, menurut pihak kementerian kesihatan Lubnan. -CNN