BAGAIKAN babak drama, tetapi inilah realiti dialami seorang lelaki yang dikatakan keliru mengenai ‘salah silah’ keluarganya.

Masakan tidak, pemuda berusia 22 tahun itu bagaikan tertampar apabila mengetahui bekas isterinya kini menjadi ibu tiri.

Memetik laporan Portal Indiatimes, lelaki berasal dari Budaun, Uttar Pradesh, India tersebut telah berkahwin dengan wanita terbabit pada tahun 2016. Ketika itu mereka dikatakan masih di bawah umur.

Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina bertahan selama enam bulan sahaja. Difahamkan, walaupun sudah bercerai pemuda itu cuba berbaik untuk memenangi hati bekas isterinya.

Gambar hiasan.

Namun begitu, usaha dilakukan sia-sia kerana jandanya enggan menerima dan menyifatkan lelaki itu kaki mabuk.

Sudahlah hubungan suami isteri terlerai kini lelaki berkenaan dikejutkan pula berita wanita yang digilai berkahwin dengan bapanya dan bergelar ibu tiri.

Semuanya terbongkar selepas pemuda itu membuat laporan polis mendakwa bapanya telah meninggalkan rumah dan tinggal di Sambhal.

Baca juga Baru Saja Nikah, Terus Lafaz Cerai. Lelaki Dakwa Pengantin Perempuan Hamil

Pada masa sama, memberitahu dia tidak lagi menerima wang belanja daripada bapanya.

Susulan laporan itu dibuat barulah lelaki itu mengetahui bahawa si bapa sudahpun mendirikan rumah tangga bersama bekas isterinya.

Justeru, dia sekali lagi membuat laporan di Balai Polis Bisauli dan kedua-dua pihak dipanggil untuk bersemuka.

Gambar hiasan.

Jurucakap polis berkata, pihaknya belum meneliti sebarang dokumen pernikahan.

Iklan

“Kami belum menerima dokumen pernikahan pertama apabila dikatakan mereka berkahwin ketika masih di bawah umur.

“Kes tidak dapat didaftarkan, maka kedua-dua pihak akan dimaklumkan perkembangan kes kelak,” katanya.

Iklan

Tambah memilukan hati pemuda berkenaan apabila hasil perkahwinan bekas isteri dan bapanya berusia 48 tahun telah dikurniakan seorang cahaya mata berusia dua tahun.

Foto: Freepik