MENAIKI pengangkutan awam untuk menghadiri kuliah adalah perkara biasa bagi seorang pelajar universiti.

Ada yang berulang-alik menaiki bas dan ada juga memilih untuk menaiki train pada setiap hari sekiranya mereka tinggal di luar kampus.

Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang pelajar universiti di Kanada.

Beliau menjadi perhatian ramai apabila berulang-alik dari bandar Calgary ke Vancouver dengan menaiki kapal terbang semata-mata untuk menghadiri kuliah, lapor saluran berita New York Post.

Calgary terletak kira-kira 690 kilometer di barat Vancouver dan perjalanan menaiki pengangkutan udara memakan masa hampir satu jam 40 minit.

Pelajar jurusan Ekonomi di University of British Columbia (UBC) yang dikenali sebagai Tim Chen itu berkata, beliau berbuat demikian selepas membuat perbandingan antara kos menyewa sebuah flat di luar kampus adalah terlalu mahal untuknya.

 

“Saya fikir tinggal di Calgary dan kemudian terbang ke sini (Vancouver) menaiki penerbangan selama satu jam adalah bersamaan kos seperti menaiki bas,” kata Chen kepada CTV News.

Baca juga: Carmen Dell’Orefice model tertua dunia, usia 92 tahun masih aktif di pentas peragaan

Beliau difahamkan hanya perlu menghadiri dua kuliah pada setiap minggu di UBC.

Chen sebelum ini menyewa di bandar tersebut namun berhenti berbuat demikian selepas mendapati kos sewa meningkat selepas pula dari bercuti pada musim luruh yang lalu.

“Setelah menyemak harga rumah, kosnya sudah meningkat dengan banyak.
“Saya perlu membayar sebanyak ASD2,500 (RM2,365) yang mana ia adalah sangat mahal,” ujarnya.

Baca juga: Bangganya karipap jadi juadah kelima terbaik dunia, berjaya kalahkan menu Itali dan Greece

Setelah dibuat perbandingan, penerbangan pergi balik dari Calgary ke Vancouver hanya berjumlah kira-kira ASD111 (RM525)

Oleh itu, dengan tinggal di rumah ibu bapanya di Calgary dan berulang alik sebanyak dua kali seminggu ke kampus, lelaki tersebut hanya membelanjakan kira-kira ASD890 (RM4,200).

Iklan

Justeru, Chen membuat keputusan bahawa menaiki kapal terbang adalah pilihan yang bijak dan lebih jimat berbanding tinggal di Vancouver.

“Saya mempunyai tiga jam kelas secara keseluruhan, selepas kelas, saya menaiki bas dan kembali ke lapangan terbang!” tambahnya.

Baca juga: Kos RM570 juta, majlis praperkahwinan 3 hari anak bilionair terkaya Asia jadi perhatian dunia

Chen bukan satu-satunya pelajar di UBC yang mengubah cara hidup mereka selepas melanjutkan pelajaran ke universiti itu.

Iklan

Dilaporkan ada pelajar yang mula tinggal di dalam kenderaan kerana tidak mampu membayar sewa.

UBC menerima sebanyak 58,590 pendaftaran dan penginapan hanya disediakan untuk pelajar tahun pertama sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!