Nadia Kahf hakim Mahkamah Tinggi berhijab pertama New Jersey

WANITA Muslim tidak kurang hebatnya dalam pelbagai bidang. Zaman sekarang ini, ramai yang mula berkecimpung dalam kerjaya yang biasanya didominasi oleh lelaki.

Seperti Nadia Kahf ini yang menjadi hakim pertama berhijab di Mahkamah Tinggi New Jersey, Amerika Syarikat (AS).

Nadia yang merupakan peguam imigresen dan undang-undang keluarga dari firma guaman WayneKahf juga bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR-NJ).

Mengangkat sumpah dengan tangan di atas al-Quran, Nadia menyertai dua lagi wanita Islam, Sharifa Salaam dan Kalimah Ahmad di Mahkamah Tinggi.

Baca juga: 10 fakta Tun Tengku Maimun, lakar sejarah Ketua Hakim Malaysia wanita pertama

“Saya bangga untuk mewakili masyarakat Islam dan Arab di New Jersey dan di Amerika Syarikat.

“Saya mahu generasi muda melihat bahawa mereka boleh mengamalkan agama mereka tanpa rasa takut. Mereka boleh menjadi siapa mereka.

“Diversiti adalah kekuatan kita, ia bukan kelemahan. Saya harap lebih ramai orang memahaminya,” tutur Nadia sejurus angkat sumpah.

Pengarah Eksekutif CAIR-NJ Selaedin Maksut menzahirkan kegembiraan melihat wanita Muslim di sana diiktiraf masyarakat.

Baca juga: Lakar sejarah baharu, Arab Saudi bakal lantik hakim kerajaan dalam kalangan wanita tidak lama lagi

“Nadia telah lama berkhidmat kepada masyarakat Islam di New Jersey. Saya berbesar hati dapat bekerja di bawah kepimpinan dan bimbingannya di CAIR-NJ. Melihatnya mengangkat sumpah setahun selepas pencalonannya adalah sesuatu yang luar biasa.

Iklan

“Nadia mungkin yang pertama memakai tudung di Mahkamah Tinggi di New Jersey, tetapi dia pastinya bukan yang terakhir, insya-ALLAH. Dengan pencapaian dan pengalamannya yang luas, beliau telah meletakkan kedudukan yang tinggi untuk wanita Islam yang lain,” katanya.

Pada Jun 2022, Laila Ikram mencipta sejarah dilantik hakim wanita Muslim pertama di Arizona.

Peguam cara Michigan, Fadwa Hammoud pada Oktober 2021 dengan menjadi wanita Arab Amerika Islam pertama yang berhujah di Mahkamah Agung AS.

Nadia Kahf berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dari Syria ketika berusia 2 tahun. Dia telah lama bekerja di yayasan Islam negara itu.

Iklan

Hebatnya pencapaian Nadia, bukan mudah untuk merintis jalan menjadi hakim di Mahkamah Tinggi yang terletak di negara bukan Islam. Moga kejayaannya menjadi inspirasi kepada wanita lain!

Baca juga: Siti Hurrairah pengerusi negara Shell wanita pertama, 10 info menarik mengenainya

Sumber: TRTWorld, 1, 2, 3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.