SUDAH banyak rawatan muka di dunia ini yang terbukti berkesan untuk menjadikan wanita kekal cantik dan nampak lebih muda daripada usia sebenar.

Ditambah kemajuan kecerdasan buatan dan teknologi, semuanya nampak enteng. Anda hanya perlu sediakan ongkosnya saja untuk dapatkan semua prosedur tersebut.

Bahkan, adakalanya metodologi yang digunakan tak masuk akal. Antaranya rawatan muka drakula yang popular bukan saja di luar negara, bahkan dalam Malaysia pun tak kurang hebatnya.

Ia juga dikenali dengan nama vampire facial yang mana menggunakan darah sendiri untuk menjadikan kulit lebih licin, anjal dan mengurangkan kesan parut pada wajah.

rawatan muka

Boleh dikatakan ia antara kaedah terbaik untuk mereka yang mengalami kesan penuaan dan mahukan mengembalikan tekstur wajah seperti anak dara.

Pun begitu, lain pula yang berlaku kepada empat wanita di New Mexico, Amerika Syarikat apabila mereka dijangkiti virus HIV gara-gara rawatan kecantikan tersebut.

rawatan muka

Alamak! Apa sudah jadi? Sebuah spa yang terkenal di wilayah Barat Daya Uncle Sam itu dikatakan menawarkan servis tanpa menitikberatkan soal kebersihan jarum suntikan.

Lapor Mail Online, mangsa yang berusia antara 40 hingga 60 tahun itu disahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Mereka dijangkiti virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan itu selepas berkongsi jarum suntikan kosmetik yang digunakan di spa berkenaan.

 

Hasil siasatan dibuat, CDC dan penyiasat jabatan kesihatan mengesan kira-kira 59 pelanggan mungkin terdedah kepada HIV, manakala 20 daripada jumlah itu sudah menerima rawatan tersebut.

Menurut laporan, para penyiasat menemui pelbagai pelanggaran kod kesihatan termasuklah jarum yang tidak dibalut dan bertaburan di dalam laci serta kaunter.

rawatan muka

Lagi kesalahan yang dibuat. Antaranya darah dibuang ke sinki dapur, picagari tidak berlabel di sebelah makanan di dalam peti sejuk dan rak tiub darah tidak berlabel.

Pemeriksa juga menemui sijil palsu untuk latihan perubatan kosmetik pada dinding spa dan diploma palsu dari Universiti Phoenix.

rawatan muka

Lebih mengejutkan, lesen kosmetologi pemilik spa, Maria Ramos de Ruiz juga tamat tempoh pada 2013.

Maria memberitahu, dia melakukan rawatan seperti ukiran payudara dan punggung, rawatan selulit dan rawatan muka pontianak untuk pelanggan.

Baca juga Nak nampak cantik, wanita Britain hampir buta akibat sulaman kening

Wanita itu kemudiannya mengaku bersalah atas lima pertuduhan jenayah kerana mengamalkan perubatan tanpa lesen dan dijatuhi hukuman penjara selama lebih tiga tahun.

Kronologi kes

Rawatan drakula tersebut menjadi trending di sana selepas dipopularkan oleh selebriti terkenal yang melakukan pengekstrakan darah pada wajah untuk merangsang sel kulit baharu.

rawatan muka

Pun demikian, tak sangka pula terdapat impak yang boleh mengancam nyawa!

Iklan

Jika merujuk kronologi, wanita pertama diuji positif HIV pada tahun 2018 selepas mendapatkan rawatan muka vampire tersebut.

Beliau tidak mempunyai sejarah penggunaan dadah suntikan, pemindahan darah atau hubungan seksual dengan seseorang yang mempunyai HIV.

rawatan muka

Wanita kedua dan ketiga juga dipercayai menerima rawatan muka vampire pada tahun 2018.

Seorang disahkan menghidap HIV peringkat paling awal pada 2019 dan seorang lagi pada tahun 2023 apabila dibawa ke hospital dengan gejala yang teruk.

Baca juga 7 rawatan ‘facial’ untuk wajah kekal muda, poin nombor 5 dan 6 mungkin buat ramai terkesima

Kes terbaharu, seorang wanita yang mendapatkan rawatan sama sebelum disahkan mengalami gejala simptom HIV.

rawatan muka

Iklan

Seorang lagi mangsa yang merupakan lelaki disahkan dijangkiti virus sama selepas berhubungan seks dengan mangsa keempat spa terbabit.

Aduhai. Kesannya bukan kaleng-kaleng. HIV bukan saja boleh jejaskan kesihatan, bahkan berisiko menghidap AIDS sekali gus mudah untuk mendapat jangkitan kuman dan kanser.

rawatan muka

Tak salah nak cantik sebenarnya. Cuma kalian perlu alert dan peka dengan amalan yang dipraktikkan jurukecantikan sama ada follow etika atau sebaliknya.

Okey! Moga kisah ini memberi iktibar buat kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!