Nelayan bakal bergelar jutawan segera, jumpa ‘emas terapung’ RM5 juta

A
A
A

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitu peribahasa yang boleh dikaitkan dengan nelayan dari Surat Thani, selatan Thailand ini yang menemui muntah ikan paus yang bernilai tinggi.

Nasib seorang nelayan bernama Narong Phetcharaj, 56, berubah sekelip mata apabila beliau telah menemui beberapa ketulan besar yang aneh seperti lilin di pantai Niyom.

Namun beliau menjadi begitu terkejut apabila mendapat tahu ketulan itu rupa-rupanya adalah muntah ikan paus atau ambergris yang berharga lumayan di pasaran.

Phetcharaj bersama sijil pengesahan ambergris berkenaan.

Objek itu dipercayai dimuntahkan paus sperma dan dijangka dapat dijual dengan harga hingga USD$40,000 (RM167,000) sekilogram dan Phetcharaj menemukan ambergris seberat 30 kilogram maka ia dianggarkan bernilai kira-kira USD$1.2 juta (RM 5 juta).

"Tidak ada penduduk kampung ini yang pernah melihat atau menyentuh ambergris paus yang sebenar. Jadi semua orang gembira," kata Phetcharaj yang telah membawa objek tersebut untuk diuji di makmal Universiti Prince of Songkhla bagi mendapatkan pengesahan.

Phetcharaj menguji objek tersebut sendiri terlebih dahulu sebelum menghantarnya ke makmal.

Dalam pada itu, Phetcharaj menyatakan perancangan masa depannya dengan ketulan berharga itu.

"Saya sangat teruja, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya merancang untuk menjual ambergris kerana sudah menerima sijil pengesahan.

"Sekiranya saya dapat harga yang baik, saya akan berhenti bekerja sebagai nelayan,” katanya lapor The National News.

Misteri ambergris

Ambergris sering digelar sebagai harta karun laut atau ‘emas terapung.’

Muntah paus atau ambergris ialah sejenis pepejal kelabu yang berlilin dan mudah terbakar dihasilkan daripada rembesan dalaman saluran hempedu paus sperma.

Objek ini pada awalnya berbau hanyir namun lama-kelamaan mereput menghasilkan bau wangi seakan alkohol isopropil.

Ia lazimnya digunakan dalam penghasilan minyak wangi sebagai pengikat kepada bahan wangian yang membolehkan haruman tersebut kekal lama.

Januari lalu, nelayan dari Songkhla, Chalermchai Mahapan, 20, menemui ambergris seberat tujuh kilogram bernilai RM1.16 juta di Pantai Samila, selatan Thailand.

Baca juga: [VIDEO] Meremang, Frontliner Terima Panggilan Misteri Rumah Kosong, Rupanya Pesakit…

Baca juga: Harga Makanan ‘Cekik Darah,' Restoran Salt Bae Jual Coke RM51 Setin

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: The National News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang