SEPERTI yang ramai sudah ketahui, sebelum menjadi Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky ialah seorang pelakon dan pelawak yang berjaya.

Sebagai mengimbau kembali momen itu, Netflix sekali lagi menstrimkan siri televisyen Zelensky yang membantu menjadikannya seorang bintang.

Kepopularannya dalam bidang seni pada tahun 2015 telah menjadi batu loncatan kepadanya untuk kempen menjadi presiden pada tahun 2019, lapor CNN.

Tanpa latar belakang bidang politik, pemimpin yang berusia 44 tahun itu terpilih sebagai Presiden Ukraine dengan hanya menggunakan tiket sebagai anak seni di negaranya.

Bertajuk Servant of the People atau dalam bahasa Melayunya berbunyi Hamba Rakyat merupakan sebuah naskhah yang berbentuk sindiran politik yang memaparkan Zelensky sebagai guru sekolah menengah yang menjadi Presiden Ukraine selepas ucapan yang dibuatnya mengenai rasuah dalam kerajaan negara itu menjadi tular.

BACA JUGA Gara-gara serangan ke atas Ukraine, tali pinggang hitam taekwondo Putin dibatalkan

BACA JUGA Pesawat terbesar di dunia milik Ukraine musnah diserang Rusia, 10 fakta menarik Antonov AN-225

“Anda bertanya dan ia kembali!,” ujar Netflix menerusi ciapan Twitter pada Rabu lalu.

Seperti yang diketahui umum, Zelensky kini sedang berdepan dengan ancaman peperangan dengan Rusia.

Kepada NBC Nightly News, pemimpin yang terkenal sekelip mata itu antara lain mengatakan bahawa Perang Dunia Ke-3 seperti sudah bermula dan ‘hasil perang itu’ akan mempertaruhkan seluruh peradaban dunia.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Foto CNN, SLASH FILM dan INDIATIMES