Olimpik Tokyo tanpa penyokong, Jepun isytihar darurat kerana Covid-19

A
A
A

 

SETELAH beberapa kali ditangguh, Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung pada 23 Julai 2021 ini.

Segala persiapan dilaporkan telah siap disediakan termasuklah tempat acara yang telah diperbaharui.

Namun, nampaknya kemasyuran olimpik kali ini seolah direnggut sekali lagi kerana pandemik Covid-19 yang kian merebak di serata dunia dengan jumlah peningkatan yang sangat membimbangkan.

Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

Demi kebaikan bersama, Jepun akan mengisytiharkan darurat bagi Tokyo hingga 22 Ogos untuk menghadapi gelombang baru jangkitan COVID-19 kerana pihak penganjur mempertimbangkan untuk melarang semua penonton hadir bermula sekitar dua minggu lagi.

Penasihat perubatan kerajaan Jepun mengatakan bahawa tidak ada penonton di temasya itu kerana masyarakat bimbang kemasukan ribuan atlet dan pegawai akan mendorong gelombang jangkitan baru.

Oleh itu, penganjur telah melarang penonton dari luar negara dan buat masa ini telah menetapkan had penonton tempatan dengan kapasiti 50 peratus sehingga 10,000 orang. Perbincangan untuk menyelesaikan sekatan penonton dijangka dilakukan pada minggu ini.

Baca juga: Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

Rundingan itu akan dipengerusikan oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach, yang tiba di Tokyo pada hari Khamis untuk mengawasi bahagian terakhir persiapan.

Olimpik Tokyo tanpa penyokong, Jepun isytihar darurat kerana Covid-19

Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura yang mengetuai langkah pembendungan koronavirus negara itu berkata darurat di Tokyo akan bermula pada 12 Julai susulan jangkitan harian baru meningkat menjadi 920 pada hari Rabu lalu. Ia merupakan kes jangkitan tertinggi sejak pertengahan Mei.

Menurut laporan CNA, kawasan Tokyo pada masa ini berada di bawah sekatan "kuasi-darurat " iaitu kawasan yang masih diberi kelonggaran.

Restoran juga akan diarahkan untuk berhenti menyajikan alkohol untuk beberapa tempat yang berada di sekatan yang tinggi.

Ini bermakna, penularan Covid-19 masih berada ditahap bahaya untuk beberapa negara. Seperti penganjuran Euro2020, peningkatan kes telah dilaporkan sejak acara itu berlangsung.

Baca juga: Penangan tonton bola di stadium, hampir 2,000 penyokong Scotland positif Covid-19

Justeru, tindakan Jepun mengadakan darurat untuk Tokyo bagi olimpik ini adalah idea yang sangat bernas disamping boleh mengurangkan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia.

Walaupun ramai yang kecewa kerana banyak acara tahunan dunia yang tidak dapat dirai sejak tahun lalu, kita harus melaluinya bersama supaya pendemik ini dapat ditangani dengan sebaiknya.

Sumber: CNA

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang