PATUTLAH ramai memilih Thailand sebagai tempat melancong, rupanya makanan mereka menjadi pilihan!

Memang tidak dinafikan makanan negara Gajah Putih itu sungguh enak. Biasa hidangannya memenuhi keseimbangan rasa antara pedas, manis, masin dan masam sekali gus menjadi kegemaran setiap pelancong yang datang ke negara itu.

Perkara itu dibuktikan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) yang menyatakan tinjauan yang dibuat baru-baru ini mendedahkan majoriti besar responden mengunjungi negara tersebut kerana menggemari makanan tempatan.

Menurut Thai PBS World, berikut fakta berkaitan;

1. Sebanyak 91 peratus responden memilih makanan Thailand selain perkara kedua paling popular dilakukan mereka mendapatkan perkhidmatan mengurut atau spa tradisional.

2. Sebanyak 48 peratus memilih urutan kerana disifatkan perkara paling mustahak dilakukan setibanya di negara tersebut.

3. Perkara ketiga dipilih responden adalah mengunjungi tempat bersejarah dan kira-kira 46 peratus daripada mereka menyukainya kerana minat mendalam dengan adat resam dan budaya rakyat tempatan.

4. Seterusnya, responden melancong ke Thailand atas faktor mendapatkan perkhidmatan rawatan dan lima rawatan utama paling popular adalah tulang dan sendi, pemeriksaan perubatan, rawatan metabolik, jantung dan vaskular serta pergigian.

Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnviraku menyatakan bahawa selepas pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, kementerian itu mengutamakan pelancongan perubatan untuk menjana pendapatan negara.

Bagaimanapun, TAT tidak mengeluarkan sebarang tinjauan terbaharu tentang bagaimana pengesahan ganja telah memberi kesan kepada penjanaan hasil pendapatan kepada negara tersebut.

Sementara itu, ini lapan menu Thailand yang mungkin menjadi kegemaran anda. Antaranya;

Kredit foto: wikipedia

1. Miang Kham

Miang Kham bermaksud ‘one bite wrap‘ dan merupakan makanan ringan tradisi gabungan Thailand dan Laos. Makanan ini telah diperkenalkan oleh Puteri Dara Rasmi sejak zaman pemerintahan Raja Rama V.

Buat pengetahuan anda, Miang Kham merupakan signature Thailand dan mendapat permintaan tinggi dari pelancong yang datang ke negara itu. Cara nak makan Miang Kham ini mudah saja, macam makan sirih!

Antara bahan yang diperlukan untuk makan Miang Kham ialah daun kaduk, hirisan bawang merah, halia, cili, udang kering, kacang, hirisan kecil limau nipis dan kuah cicah yang dibuat dari gula.

Baca juga ‘Disangka kangkung, rupanya…’ – Wanita trauma silap makan daun ganja ketika bercuti di Thailand

Kredit foto: Eating Thai Foods2. Pad Kra Phaw

Ini antara menu wajib anda cuba apabila ke Thailand. Phad kra phaw dihidang bersama sebiji telur mata, nasi putih dan daging ayam yang sudah dicincang bersama daun selasih (basil).

Menu ini dihidangkan dengan rasa pedas dan secukup rasa. Phad kra phaw adalah makanan rutin rakyat Thailand dan sangat mendapat permintaan dalam kalangan pelancong dari Eropah.

Kredit foto: Eating Thai Foods

3. Pad Thai

Pad Thai juga antara menu yang popular dalam kalangan pelancong dan mudah untuk didapati. Hidangan ini mudah untuk didapati di sekitar pasar pagi, gerai makan kecil di tepi jalan (street foods) dan restoran.

Bahan utama dalam hidangan ini adalah koteaw bersaiz kecil (seolah seperti bihun), udang, telur, daun kuchai dan diperah sedikit limau nipas diatasnya. Admin yakin menu ini juga boleh menjadi salah satu menu Thailand kegemaran anda.

Kredit foto: Eating Thai Foods

4. Khanom Jeen Nam Ya

Di Malaysia, kita ada laksa sebagai signature asli makanan Melayu dan berbeza dengan laksa di negara Thailand. Menu Khanom jeen nam ya ini dimakan bersama sayuran secara mentah termasuk taugeh, kacang panjang dan daun pudin. Manakala laksa bersaiz lebih kecil jika dibandingkan dengan laksa Melayu kita.

Iklan

Kuahnya masih dibuat daripada isi ikan tetapi ditambah dengan santan untuk rasa lemak dan sedikit kunyit bagi menaikkan warna kuning kuah. Jika mahukan lebih pedas, anda perlu makan Khanom jeen nam ya ini diselangi dengan gigitan cili kering yang telah di goreng. Memang terangkat habis!

Baca juga Pernah digelar ratu sampah, ini kisah Miss Universe Thailand 2022, Anna Sueangam-iam

Kredit foto: Eating Thai Foods

5. Pramek Jang

Pramek Jang atau sotong bakar ini sangat popular di Thailand. Malah, mudah untuk anda dapati dan nikmatinya di sekitar pekan (street foods). Kekenyalan isi sotong ini pasti membuatkan anda terliur ditambah pula dengan rasa pedas sambal. Harga sebatang sotong ini sekitar 10 Baht (kecil) manakala 100 Baht untuk sotong bersaiz besar.

Kredit Foto: Eating Thai Foods

6. Aiskrim kelapa Thailand

Menu pencuci mulut ini pernah tular dan menjadi ikutan sesetengah kedai makan di Malaysia. Aiskrim kelapa Thailand sangat sesuai di makan selepas usai menikmati makanan berat. Kebiasaannya, aiskrim ini campur dengan santan dan dibuat sendiri oleh peniaga. Patutlah rasa lemak je aiskrim Thailand ni!

Selain asikrim santan dan hirisan isi kepala muda, terdapat beberapa topping seperti jagung, kacang dan buah manis untuk dinikmati bersama. Sangat sedap!

Kredit foto: Eating Thai Foods

7. Som tam

Iklan

Somtam antara hidangan sampingan Thai yang sangat pedas dan menyelerakan. Ianya boleh dinikmati bersama nasi putih dan pulut. Rasa yang pedas, masam dan manis pasti membuat anda bertambah selera.

Bahan utama hidangan ini ialah betik, kacang, udang kering, tomato, kacang panjang, cili, gula, sos ikan dan perahan air limau nipis. Admin nak syorkan, jangan makan somtam ketika cuaca panas… peluh mencurah tak henti-henti nanti.

Baca juga Agih 1 juta pokok ganja, kerajaan Thailand benarkan penduduk tanam untuk ekonomi

Kredit foto: Eating Thai Foods

8. Serangga goreng

Jika berjalan di sekitar ‘street foods’ Thailand, anda akan dapat lihat peniaga aktif menjual serangga goreng. Serangga itu termasuk lipas, cengkerik, kumbang, kala jengking dan ulat. Serangga goreng ini boleh didapati dengan harga sekitar 20 hingga 50 Baht. Ini betul-betul rare, dan pastinya anda tentu tak berani nak makan, kan.

Sumber: Eating Thai Foods

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.