Pembebasan perogol terkenal di Korea Selatan cetus kemarahan
SETELAH menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, perogol paling terkenal di Korea Selatan telah dibebaskan hari ini.
Menurut laporan The New York Times, pembebasannya Choo Doo-soon yang berusia 68 tahun itu telah mencetuskan kemarahan ramai.
Setelah berita pembebasan perogol itu tersebar, orang ramai mula bertindak berhimpun menunjuk perasaan dan mengeluarkan ancaman bunuh.
Penunjuk perasaan turut berhimpun di luar penjara dekat selatan Seoul hari ini sambil melaungkan 'hantarnya ke neraka!'.
Terdapat juga penunjuk perasaan berbaring di atas jalan raya sambil mengangkat papan tanda sebagai protes pembebasan Doo-soon.
Selain itu, mereka turut menendang van yang membawa Doo-soon dan melemparkan telur serta mengeluarkan kenyataan menghina.
Penunjuk perasaan turut membuat ancaman bunuh dalam talian kepada Doo-soon.
Situasi itu memaksa pihak berkuasa untuk menambah lebih ramai anggota polis membuat pengawasan di sekitar kediamannya.
Baca juga 30 ratu cantik jatuh dalam kolam, jambatan tiba-tiba runtuh
Kemarahan orang ramai telah dilaporkan sejak beberapa bulan lalu, ketika tarikh pembebasan Doo-soon semakin hampir.
Sebelum ini, Doo-soon ditahan pada 2008 disabitkan dengan jenayah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang