WOW, kagum dengan semangat hos rancangan bual bicara Amerika Syarikat, Oprah Winfrey apabila berjaya mendapatkan bentuk badan yang langsing.

Oprah baru menyambut ulang tahun ke-70 hadir ke Anugerah Grammy ke-66 di Los Angeles dengan mempamerkan susuk tubuh yang menakjubkan sambil menggayakan pakaian serba hitam.

Baca juga :Iqbal Zulkefli telan belon untuk kurus, dedah 15 hari tak boleh makan makanan pejal. Ini cara rawatan itu dijalankan

Beliau sebelum itu dikecam kerana didakwa mengambil pil kurus namun menafikan hal berkenaan.

Foto kredit Getty Images

Sebaliknya, pengacara terkenal terbabit menegaskan dirinya melawan ‘ketagihan makanan’ selama bertahun-tahun ini dengan mengamalkan ‘diet yo-yo’.

Oprah turut mengakui mempunyai masalah untuk mengawal nafsu makan sehingga berat badan mencecah 237 paun suatu ketika dulu.

Meski begitu, beliau berusaha untuk kurus dan menurunkan berat badan sebanyak 67 paun pada 1988.

Baca juga:Makin cengkung & kurus, Celine Dion derita sindrom kejang otot tiada penawar, tidak putus asa untuk sembuh

Tetapi keadaan itu tidak kekal lama apabila beratnya naik lagi antara 148 paun dan 200 paun.

Pada 2022, beliau nekad untuk berehat panjang bagi mengubah cara hidup yang tidak sihat selepas menghadapi masalah kesihatan.

Iklan

Akhirnya, pengorbanannya berbaloi, bukan hanya sihat bahkan cantik dan lebih berkeyakinan tinggi di khalayak umum.

Penampilan terbaharu Oprah itu dilihat lebih muda dan segar berbanding tahun sebelum ini.

Kerja keras beliau menjadi inspirasi kepada golongan wanita di luar sana bahawa jangan sesekali berputus asa untuk menjadi cantik dan kurus.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang