BADAN yang kurus merupakan impian ramai orang.

Untuk kelihatan menarik, ramai yang sanggup berbelanja besar bagi menjalani rawatan pengurusan berat badan.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ahmad Iqbal Zulkifli baru-baru ini mendedahkan dirinya baharu sahaja selesai menjalani prosedur Allurion Intagastric Balloon.

Menerusi satu entri di Instagram, Iqbal memberitahu prosedur tersebut akan mengurangkan berat badannya.

Pun demikian beliau tidak dibenarkan untuk makan makanan pepejal selama 15 hari.

“Bermula hari pemasangan belon saya hanya dibenarkan makan cecair sahaja sehingga 1 Februari 2024 barulah saya boleh makan makanan pepejal lembut.

“Selepas empat bulan, belon ini akan cair dan akan keluar sendiri,” katanya.

Beritahu Iqbal, pada awalnya beliau cuba untuk lakukan pembedahan bariatrik.

Pun begitu, masalah obesiti atau BMI (Body Mass Index) dirinya tidak terlalu serius.

Susulan itu, doktor yang merawatnya, Prof. Dato Dr. Nik Ritza menyarankan beliau untuk menjalani Allurion intagastric Balloon.

Katanya, kaedah tersebut sudah memadai dan tidak memerlukan pembedahan.

Tambah anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu lagi, kos untuk prosedur yang dijalaninya itu agak tinggi iaitu sekitar RM20,000.

Namun begitu, pesakit akan dijaga rapi selama enam bulan.

“Ini bukan rawatan kosmetik dan sudah semestinya diiktiraf oleh pakar dunia.

“Rata-rata saya lihat ramai yang turun 7 hingga 12 kilogram dalam sebulan,” ujarnya.

Baca juga: Pembedahan bariatrik bukan untuk kurus semata-mata. Ini pengakuan 3 artis terkenal

BELON SILIKON

Dalam pada itu, bagi memberi penjelasan tentang kaedah pengurusan berat yang dijalani oleh pempengaruh tersebut, SinarPlus merujuk penulisan daripada Mayo Clinic.

Menurut laman perubatan tersebut, prosedur belon intragastrik merupakan kaedah memasukkan belon silikon berisi larutan garam ke dalam perut.

“Ia membantu menurunkan berat tubuh dengan mengehadkan jumlah makanan yang boleh diambil dan membuatkan seseorang berasa lebih kenyang.

“Kaedah itu adalah salah satu pilihan sekiranya diet dan senaman kurang memberi kesan,” katanya.

Iklan

Berdasarkan penulisan tersebut Mayo Clinic mencadangkan prosedur itu kepada golongan berikut:
1. Mempunyai BMI antara 30 hingga 40.
2. Bersedia untuk menjalani perubahan gaya hidup sihat.
3. Pesakit tidak pernah menjalani pembedahan perut dan esofagus.

Baca juga: Makan banyak tapi tak gemuk, hati-hati kurus tak semestinya sihat

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Kaedah belon intragastrik bagaimanapun bukanlah pilihan yang tepat untuk semua individu yang obes.

Ia memerlukan pemeriksaan dan saranan oleh doktor.

Sementara itu, Cleveland Clinic pula menjelaskan kemungkinan yang akan dialami mereka yang menjalani kaedah rawatan tersebut.

Katanya, kesan sampingan yang akan dialamai adalah ringan dan boleh dirawat dengan pemberian ubat.

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Antara simptom yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

1. Sakit perut.
2. Sakit tekak.
3. Loya.
4. Senak perut.
5. Asid Refluks.
6. Sembelit.

Iklan

Baca juga: Berlebihan ubat kurus buat organ dalaman rosak, obses ramping macam-macam penyakit singgah

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Untuk pengetahuan semua, prosedur seperti belon intragastrik merupakan alternatif untuk mengurangkan berat badan.

Namun kejayaan untuk apa jua rawatan memerlukan komitmen daripada individu itu sendiri.

Perubahan gaya hidup kepada cara yang lebih sihat membantu seseorang mengekalkan berat badan yang ideal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang