'Pengalaman hidap kanser menakutkan kami sekeluarga.' Kate Middleton lega selesai jalani rawatan kemoterapi

No Image Caption
A
A
A

PUTERI Wales Kate Middleton meluahkan rasa lega setelah menamatkan rawatan kemoterapi.

Hal tersebut dikongsikan beliau dalam satu video diterbitkan Istana Kensington baru-baru ini.

Dalam hantaran video itu juga turut memaparkan sisi kebahagian keluarga pasangan diraja bersama tiga anak mereka dalam suasana luar bandar yang dipercayai di Istana Balmoral, Scotland.

Menurut Kate, sembilan bulan lalu adalah amat sukar bagi mereka sekeluarga, lebih-lebih lagi kehidupan yang sempurna sebelum ini telah berubah dalam sekelip mata.

Ketika ini juga, Kate sedang menumpukan segala usaha demi mengecapi kehidupan bebas kanser walaupun perjalanannya untuk sembuh akan mengambil waktu yang lama.

"Sembilan bulan yang lalu adalah sangat sukar bagi kami sekeluarga.

"Perjalanan sebagai pesakit kanser menakutkan dan tidak dapat diramal untuk semua orang, terutama bagi mereka yang rapat dengan anda.

"Kini, saya cuba melakukan apa yang boleh untuk kekal bebas kanser.

Artikel Berkaitan:

Walaupun saya telah menamatkan kemoterapi, laluan untuk penyembuhan dan pemulihan penuh adalah panjang dan perlu menjalani hari-hari yang bakal mendatang,'ujarnya.

Selepas menghilangkan diri dari khalayak ramai, Kate yang berusia 42 tahun itu menyatakan hasrat untuk kembali bekerja dan menjalani beberapa acara pada masa akan datang.

Sebagai rekod, pada Mac lalu, Istana Buckingham mengumumkan Kate telah disahkan menghidap kanser dan sedang menjalani rawatan selepas beliau menjalani pembedahan abdomen pada Januari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang