SEORANG pengantin lelaki di Tamil Nadu  menyediakan satu kontrak untuk ditandatangani bakal isterinya sebelum mereka melakukan ikatan perkahwinan.

Menerusi kontrak tersebut, Hariprasad meletakkan syarat supaya bakal isterinya yang dikenali sebagai Pooja, membenarkan beliau bermain kriket bersama kawan-kawannya setiap hujung minggu.

Memang aneh, tetapi bila difikirkan balik, macam lucu pula. Namun, itulah syarat yang ditetapkan oleh pengantin lelaki yang juga merupakan seorang profesor di sebuah kolej swasta di Theni.

Baca ni: Pengantin Indonesia gayakan busana versi Malaysia raih perhatian, dipuji ramai

Tambah kelakar, rakan-rakan pengantin lelaki telah membawa surat perjanjian tersebut yang lengkap dengan kertas setem berharga Rs20 yang bersamaan RM1.14 dan meminta Pooja menandatanganinya.

Wanita itu dalam reaksinya mengakui terhibur dengan apa yang tertulis di atas surat tersebut.

“Saya Pooja, dengan ini membenarkan Hariprasad bermain kriket pada hari Sabtu dan Ahad untuk pasukan Kriket SuperStar,” demikian antara isi kandungan dalam surat tersebut.

Pengantin perempuan tanpa berfikir panjang terus menandatanganinya.

Difahamkan, syarat tersebut dibuat kerana pengantin lelaki ialah kapten bagi pasukan SuperStar Cricket.

Justeru, rakan-rakan beliau mahu  memastikan bahawa Hariprasad masih terus aktif dalam sukan berkenaan biarpun sudah mendirikan rumah tangga.

Itu yang mendorong rakan-rakannya membawa kontrak untuk ditandangani oleh pengantin perempuan.

Iklan

Pasangan pengantin  turut bergambar kenangan bersama kontrak tersebut selepas selesai menandatanganinya.

Memang tidak dinafikan, kehidupan selepas berkahwin mungkin agak berbeza dengan zaman bujang.

Jika sebelum ini, mahu ke mana-mana tidak perlu fikirkan soal tanggung jawab dan komitmen, namun semuanya berubah apabila sudah berkahwin.

Iklan

Pun begitu, tidak bermakna minat dan hobi tidak boleh diteruskan. Janji, tidak mengabaikan tanggung jawab untuk keluarga. Betul tak?

Sumber: India Today

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.