COVID-19 boleh menyebabkan komplikasi serius dan mengancam nyawa.

Daripada seorang dijangkiti ia menyebabkan penularan dalam kalangan belasan, puluhan dan ratusan individu lain.

Disebabkan itu suntikan vaksin dilaksanakan untuk menyekat penularan itu, walaupun kebarangkalian untuk dijangkiti virus tersebut masih ada.

Bagaimanapun, jangkitannya lebih ringan berbanding golongan yang enggan mendapatkan vaksinasi.

Di Perancis, kerajaan bertegas untuk tidak membenarkan kakitangan kesihatan bertugas selagi tidak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut laporan Reuters, Menteri Kesihatannya, Olivier Veran memberitahu para petugas barisan hadapan juga tidak akan dibayar gaji.

Tutur Veran, tindakan itu diambil bagi mengingatkan masyarakat akan tahap bahaya dijangkiti Covid-19 khususnya varian virus Delta.

AstraZeneca

Di saat Perancis mengeluarkan peraturan baharu sedemikian buat kakitangan kesihatan, Thailand pula bercadang meningkatkan perlindungan bagi semua barisan hadapan di negaranya.

Iklan

BBC melaporkan Thailand terpaksa mengubah pemberian vaksin setelah ratusan tenaga kerja organisasi itu terkena jangkitan koronavirus meskipun sudah lengkap dua dos vaksin jenis Sinovac.

Dimaklumkan, petugas barisan hadapan di Thailand yang telah disuntik dos pertama Sinovac akan dilanjutkan
dengan dos kedua vaksin AstraZeneca.

Manakala bagi mereka yang sudah lengkap dua dos Sinovac pula akan mendapat dos vaksin ketiga booster, jenis berbeza.

Iklan

Kata Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Thailand, kemungkinan vaksin yang ketiga itu adalah AstraZeneca atau mRNA seperti Pfizer/BioNTech.

Baca juga Jijik! Wanita menemui gigi manusia dalam hidangan fish and chips

Katanya lanjut dos ketiga akan diberikan antra tiga hingga empat minggu setelah suntikan dos kedua Sinovac.

Untuk info, Thailand mula menerima vaksin Sinovac dari China dan melakukan vaksinasi
kepada kakitangan kesihatan sejak Februari lalu.

Namun, minggu lalu, Kementerian Kesihatan Thailand melaporkan 618 staf daripada 677,000 kakitangan kesihatan yang sudah lengkap divasinasi dijangkiti Covid-19.