KES Covid-19 di negara kita menunjukkan peningkatan sehingga telah mencecah angka lebih 5,000 kes sehari.

Perkara ini amat membimbangkan sehingga kerajaan terpaksa meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang sepatutnya berakhir pada 4 Februari ini, dilanjutkan selama dua minggu lagi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Perkara itu diumum Menteri Kanan (Kluster Keamanan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Berbanding dengan negara Australia, setakat 27 Januari lalu telah mengalami 10 hari berturut-turut tiada kes jangkitan tempatan.

Namun semalam The New York Times melaporkan, pihak berkuasa negara itu melaksanakan ‘total lockdown’ di kawasan bandar Perth hanya kerana tercetusnya kes positif Covid-19.

Hanya satu kes dilaporkan di bandar keempat terbesar dunia itu melibatkan seorang pengawal keselamatan di sebuah hotel penempatan pesakit positif Covid-19 dan menyebabkan bandar itu melaksanakan ‘total lockdown’.

Pernah 10 hari tiada jangkitan, Australia 'total lockdown' walau 1 kes positif

Pengawal keselamatan telah dijangkiti positif Covid-19 dengan mengalami simptom kecil ketika bertugas di hotel kuarantin sementara di Four Points by Sheraton.

Perintah ‘lockdown’ sepenuhnya berkuat kuasa bermula pada Ahad lalu.

Iklan

Selain itu, keputusan ‘lockdown’ terhadap bandar Perth itu juga diikuti dengan bandar-bandar lain seperti Sydney dan Brisbane.

Pihak berkuasa turut menjejaki lokasi pengawal keselamatan berkenaan termasuk ke rumahnya yang turut dikenakan menjalani proses kuarantin kendiri selama 14 hari.

Baca juga Gadis dibunuh dan dikebumikan di gurun hanya kerana memiliki Snapchat

Iklan

Susulan itu, Australia telah melaksanakan sistem pengesanan kontak rapat serta menghadkan perjalanan rentas negeri dengan ketat dan mewajibkan individu masuk ke negara untuk kuarantin di hotel yang disediakan.

Semoga kita semua sama-sama memberi sekongan dengan tempoh PKP diberikan kerajaan negara kita, terus amalkan SOP agar dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini.