Petani cekik serigala sampai mati, aksi dirakam CCTV

Petani cekik serigala sampai mati, aksi dirakam CCTV
Petani cekik serigala sampai mati, aksi dirakam CCTV
A
A
A

SEEKOR serigala yang ganas mati dicekik seorang petani di Rusia.

Sebelum kejadian itu, serigala itu telah membunuh dua ekor anjing dan turut menyerang kuda milik petani tersebut.

Menurut laporan Tribunnews, aksi itu dilihat dalam sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman CCTV tersebut menunjukkan binatang itu menyerang dan menggigit petani berkenaan ketika dia membawa obor ke seberang timur Rusia.

Petani dan serigala yang tidak disebutkan namanya itu bergelut di kawasan salji sebelum dia meraih leher binatang itu.

The Sun turut melaporkan semalam, lelaki itu dilihat berulang kali memukul serigala tersebut dengan penuh amarah.

Namun lelaki itu tidak sempat mengambil senapang dan hanya bergelut dengan tangan.

Lelaki itu turut cedera setelah kejadian berkenaan namun sempat bergambar dengan serigala yang telah mati itu.

Setelah itu, serigala itu turut diuji penyakit rabies.

Vaksinasi haiwan secara besar-besaran telah dilakukan di desa Novotroitskoye, barat daya Birobidzhan, ibu kota Wilayah Autonomi Yahudi Rusia.

Baca juga [VIDEO] Ramai kagum kedai serbaneka di Korea beroperasi 24 jam tanpa pekerja

Penduduk kampung mengatakan bahawa serangan serigala terhadap penternak haiwan telah menjadi lebih biasa setelah kemusnahan hutan di kawasan itu.

"Hutan dihancurkan dan dibakar, jadi serigala adalah mangsa biasa. Ini adalah kesalahan manusia juga, serigala yang telah kehilangan tempat. Inilah sebabnya mengapa mereka keluar dari hutan," katanya.

Ketua wilayah, Galina Dzyuba, mengatakan ujian sedang dilakukan untuk menentukan sama ada serigala yang dibunuh itu adalah rabies.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang