Polis sanggup pikul pesakit Covid-19, berjalan hingga ke pelabuhan kecil

A
A
A

MENJADI seseorang memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi, amanah dan bertanggungjawab bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila melibatkan individu tidak dikenali.

Pun begitu, situasi tersebut tidak berlaku dalam kalangan pasukan polis yang sentiasa bersedia menumpahkan tenaga dan khidmat tanpa mengira sesiapa dan masa.

Situasi sedemikian antaranya dapat dilihat di negara jiran, Indonesia apabila seorang anggota polis sanggup berjalan sambil memikul pesakit Covid-19 difahamkan kondisi semakin kritikal.

Demi menyelamatkan satu nyawa anggota terbabit dengan rela hati turun padang melunaskan tugas biarpun menyarungkan sut peralatan perlindungan diri (PPE).

Risiko mengendalikan pesakit dijangkiti wabak jahat terbabit ditolak tepi memandangkan tanggungjawab menjadi keutamaan beliau.

Momen itu dipaparkan menerusi video yang dimuat naik pengguna Tik Tok dikenali @yurilestaritiktok.

Dikatakan kejadian itu berlaku di sebuah kampung di perairan Sungai Perak, Indragiri Hilir, Riau, Indonesia.

Difahamkan, kesihatan mangsa semakin merosot dan tidak dapat bergerak.

Susulan itu, pegawai dikenali sebagai Dedek segera membawa pesakit tersebut ke hospital untuk menerima rawatan.

Polis sanggup pikul pesakit Covid-19, berjalan hingga ke pelabuhan kecil

Bagaimanapun, perjalanan yang ditempuhi bukanlah mudah memandangkan tempat tinggal pesakit terletak di kawasan pedalaman.

Justeru, Dedek memikul lelaki itu di belakang badannya sambil berjalan menuju pelabuhan kecil sebelum menaiki perahu kayu bermotor menggunakan laluan sungai.

Baca juga Bilik atlet Olimpik Tokyo 2020, guna katil kadbod ‘antiseks’. Ini sebabnya…

Inilah jasa dan pengorbanan pasukan barisan hadapan yang sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengira pangkat, warna kulit, agama dan bangsa.

Semoga kisah itu menyuntik inspirasi buat kita supaya saling membantu antara satu sama lain lebih-lebih lagi sepanjang pandemik Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang