Ramai 'cabut lari', booking jet peribadi kerana kes Covid-19 meningkat

Ramai 'cabut lari', booking jet peribadi kerana kes Covid-19 meningkat
Ramai 'cabut lari', booking jet peribadi kerana kes Covid-19 meningkat
A
A
A

SIAPA yang tidak bimbang apabila melihat jumlah kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 mencatatkan peningkatan saban hari.

Berikutan itu masyarakat sentiasa diingatkan supaya kekal berada di rumah bagi mengelakkan, sekali gus memutuskan penularan wabak tersebut.

Pendek kata, keluar rumah jika mempunyai urusan penting sahaja!

Pun begitu, berbeza pula situasi di Indonesia apabila dimaklumkan kumpulan ekspatriat mula menempah jet peribadi untuk meninggalkan negara tersebut.

Tindakan itu diambil susulan melihat kes jangkitan koronovirus di sana meningkat sejak kebelakangan ini.

CNBC Indonesia melaporkan, sebuah syarikat perkhidmatan sewa jet peribadi, Indo Jet memaklumkan selain tujuan domestik, sektor antarabangsa juga mendapat permintaan tinggi.

Perkhidmatan itu disediakan untuk warga asing pulang ke negara masing-masing ketika kes Covid-19 kian meningkat.

Sementara itu, Pengarah PT Indojet Sarana Aviasi, Stefanus Gandi turut mengakui pertambahan slot penerbangan jet peribadi ketika darurat meningkat sebanyak 25 peratus berbanding sebelum ini kira-kira empat kali sebulan.

Bagaimanapun, kini melonjak hingga lapan penerbangan dan kebanyakkan tempahan ke Australia pada bulan depan.

Ujar Stefanus, sudah 100 orang mendaftar di syarikatnya untuk penerbangan bulan Ogos hingga September ke Australia dan Korea Selatan.

Baca juga Kekasih maut selepas terjun bungee akibat salah faham

Baru-baru ini media melaporkan berlakunya gelombang keluar dari Indonesia dalam kalangan ekspatriat kerana kenaikan kes Covid-19. Antaranya rakyat dari Jepun, Taiwan dan Vietnam.

NHK melaporkan perusahaan Jepun membawa pulang rakyat yang bekerja di Indonesia kembali ke tanah

air.

Dalam pada itu, Media Focus Taiwan juga melaporkan sudah ada 90 ahli perniagaan dan ekspatriat dari negara itu kembali ke tanah iar menaiki pesawat sewa khas Batik Air pada 28 Julai ini.

Direkodkan, pada Khamis jumlah jangkitan harian Covid-19 di Indonesia terus melonjak kepada 49,509 kes.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang