OLEH kerana terlalu obses terhadap permainan video online PUBG, seorang remaja di India sanggup memindahkan wang bersara datuknya berjumlah 2.3 lakh (RM12,931).

Menurut laporan Gulf News, remaja itu membuat pemindahan wang untuk melanggan permainan tersebut.

Datuknya menyedari kehilangan wang selepas menerima mesej di telefon bimbit memaklumkan 2,500 rupee (RM141) ditolak daripada akaunnya dengan baki hanya tinggal 275 rupee (RM15.46).

Dia terus menghubungi pihak bank setelah mengesyaki menjadi mangsa penipuan.

Artikel berkaitan: Cabut gigi pesakit atas ‘hoverboard’, doktor berdepan hukuman penjara 20 tahun

Dalam laporan polis yang dibuat, warga emas itu berkata dia tidak pernah membuat sebarang pemindahan dan tidak pernah menerima kata laluan sekali guna (OTP).

Iklan

Menurut laporan di laman web berita India, Jabatan Siber Polis Delhi mengatakan bahawa budak lelaki berusia 15 tahun itu memindahkan wang daripada akaun pencen datuknya, dan menggunakan wang itu untuk pembelian dalam aplikasi di akaun permainan PUBGnya.

Katanya, polis menjejaki wang itu dipindahkan ke Paytm (dompet mudah alih) atas nama akaun cucu lelaki itu, Pankaj Kumar berusia 23 tahun.

Selepas disoal siat, Kumar memaklumkan seorang rakannya meminta ID dan kata laluan akaun Paytm miliknya.

Polis mendapati individu yang kononnya menggunakan akaun Kumar untuk membuat pembayaran di Google Play untuk melanggan PUBG itu adalah remaja itu sendiri.

Iklan

Akhirnya, remaja itu ditahan dan dia mengaku memindahkan sejumlah wang daripada akaun milik datuknya untuk melanggan permainan dalam talian itu.