Republik Czech negara yang punya ramai lelaki berkepala botak paling ramai di dunia! Ini ceritanya

A
A
A

GOLONGAN lelaki yang botak lebih cenderung untuk dianggap mempunyai status sosial yang tinggi, tetapi benarkah?

Ada juga pendapat menyatakan mereka yang tidak mempunyai rambut kelihatan seksi.

Pun demikian, ada sesetegah mereka memilih untuk mencukur keseluruhan kepala kerana masalah keguguran rambut yang dialami.

Data yang disusun oleh World Population Review mendedahkan republik Czech dinamakan sebagai negara yang mempunyai bilangan lelaki berkepala botak paling ramai di dunia.

Angka yang diperoleh dari Vantage Hair Clinic itu menyenaraikan sejumlah 21 buah negara yang memiliki populasi lelaki yang botak.

Daripada kesemua negara yang dikaji, sekurang-kurangnya satu perempat populasi lelaki dalam proses mengalami keguguran rambut atau sudah botak sepenuhnya.

Sebahagian besar daripada jumlah tersebut membabitkan individu daripada kumpulan Kaukasia iaitu mereka yang berkulit putih.

Golongan tersebut dikatakan mengalami keguguran rambut lebih cepat berbanding bangsa lain.

Lapor Daily Mail, para penyelidik mendapati Czech menduduki tempat pertama senarai tersebut.

Sejumlah 42.8 peratus populasi lelaki dewasa di negara itu mengalami masalah keguguran rambut.

 

MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

Mengapakah penduduk di negara Barat tersebut mengalami keadaan sedemikian?

Menurut American Hair Loss Association, kira-kira 95 peratus lelaki mengalami masalah keguguran rambut dikenali sebagai alopecia androgenetik.

Situasi tersebut diwarisi dan ia berpunca daripada tindak balas genetik terhadap hormon testosteron dikenali sebagai dihydrotestosterone.

Kebarangkalian untuk seseorang menjadi botak juga dipengaruhi oleh usia.

“Diet mungkin menjadi salah satu faktornya. Masyarakat Republik Czech lazimnya makan sup pekat, stew, hidangan daging, kanji dan bir.

“Makanan tersebut mempunyai jumlah vitamin dan mineral rendah yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut,” jelas laporan tersebut.

Jurnal Nutrien yang dijalankan pada tahun 2018 menemui 95 peratus penduduk negara tersebut turut mengalami kekurangan vitamin D yang sangat penting untuk rambut.

Dalam pada itu, Sepanyol menduduki tempat kedua dalam senarai itu dengan 42.6 peratus golongan lelaki mengalami masalah kepala botak.

Ia diikuti dengan Jerman pada tangga ketiga apabila mencatatkan 41.2 peratus dan Perancis di tempat keempat (39.24 peratus).

Dua lagi negara yang mempunyai populasi Kaukasia yang tinggi iaitu United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) pula masing-masing berada pada kedudukan kelima dan kelapan.

UK mempunyai 39.2 peratus lelaki yang mengalami sedikit masalah keguguran rambut manakala AS pula mencatat 38 peratus.

Sama seperti republik Czech, bangsa mungkin salah satu penyebab.

Data pada tahun 2021 yang menunjukkan 82 peratus penduduk di England dan Wales adalah Kaukasia.

KURANG VITAMIN

Tinjauan yang diterbitkan awal tahun lalu juga menemui 60 peratus penduduk Britain mengalami kekurangan vitamin D.

Satu daripada 10 penduduk Britain berusia 75 tahun ke atas juga didapati kekurangan vitamin B12.

Situasi itu mungkin berkait dengan diet daging dan kentang penduduk UK.

Tabiat pemakanan tersebut mungkin penyebab mereka tidak mendapatkan sesetengah nutrien.

Sebagai contoh, kajian mendapati sembilan daripada 10 remaja di wilayah itu kurang makan sayur yang menjadi sumber vitamin B12 dan D.

Baca juga: Hanya pilih lelaki botak dan muda, jutawan Thailand ini sudah 14 kali bercerai demi mencari cinta baharu

Baca juga: Usia muda lagi tapi dah botak? Boleh cuba cara ini!

Situasi sama turut dialami masyarakat di AS.

Laporan oleh National Institutes of Health mendapati 42 peratus penduduk AS kekurangan vitamin D.

Dilaporkan hanya seorang daripada individu dewasa di negara tersebut makan sayur dan buah-buahan dalam kuantiti yang dicadangkan, demikian menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Daripada 21 jumlah negara yang disenaraikan, New Zealand berada di keduduka terakhir dengan 29 peratus sahaja penduduknya berkepala botak.

Baca juga:Will Smith tampar pengacara Oscar seloroh isteri botak, berikut fakta alopecia areata dihidapi Jada

Walaupun ada yang berpendapat botak itu menarik, namun ia boleh memberi tekanan kepada sesetengah individu.

Ia menjejaskan penampilan, rasa rendah diri selain kelihatan lebih berusia.

Namun, masalah itu boleh diatasi menerusi rawatan ubat dan tanam rambut yang semakin mendapat perhatian ramai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang