DASAR tak kenang budi dan si Tanggang Moden.

Demikian tohmah netizen kepada seorang wanita selepas tergamak menghalau ibu angkat yang membesarkannya sejak dari usia dua tahun.

Dalam kisah di Banyuasin, Indonesia ini, seorang anak yang dikenali sebagai AY menjadi perhatian di laman sosial Instagram.

Dalam satu video tular, wanita terbabit yang dikenali sebagai Siti Marbiah, 73, dilihat menangis di hadapan orang ramai.

Proses mediasi yang dihadiri warga kampung dan polis itu menyaksikan wanita itu teresak-esak.

Kredit foto: Tribun Sumsel

Baca juga: Si Tanggang moden biar ibu kebuluran nak bolot harta

Sakit hati ibu tua,tidak tertahan apabila diperlakukan kejam hingga kini terpaksa hidup merempat.

“Alangkah lemaknya kamu, aku punya rumah,” ucap Siti Marbiah.

Keadaannya yang lemah selepas meluahkan perasaan membuatkan ramai bergegas membawanya meninggalkan lokasi mediasi.

Namun dengan sisa tenaga yang ada, warga emas itu tetap berusaha memperjuangkan rumah miliknya hingga mengucapkan sumpah seranah kepada AY.

Ketika itu AY kelihatan diam.

“Kau tidak akan selamat seumur hidup, kau makan harta aku,” ujar si ibu angkat teresak-esak.

Peguam yang mewakili Siti Marbiah mengatakan anak guamnya tidak dikurniakan anak kandung, lalu mengambil seorang anak angkat yang dinamakan sebagai AY.

AY dipelihara dengan sempurna bagai menatang minyak yang penuh. Wanita itu dibesarkan seperti anak kandung, diberikan pendidikan hingga ke peringkat tinggi dan berjaya mendapat pekerjaan yang baik.

Namun, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi yang diberikan ibarat umpana mencurah air ke daun keladi.

Ia tidak dihargai malah dibalas dengan kejahatan apabila AY sanggup memperdaya ibu angkatnya untuk merebut harta dan kekayaan.

Baca juga:Tergamaknya! Ibu 74 tahun maut disyaki dipukul anak perempuan tak tahan kerenah, ini kronologi

Konflik antara dua beranak ini bermula apabila Siti Marbiah menerima rumah dan harta pusaka daripada keluarga besarnya.

AY didakwa bersikap licik memujuk ibu angkatnya itu untuk menjual rumah dan tanah tersebut tanpa pengetahuan keluarga.

Iklan

Malah wang yang diperoleh daripada penjualan rumah berkenaan kemudiannya digunakan untuk membeli rumah baharu manakala baki 200 juta rupiah (RM59,956) diambil.

Peguam juga mendedahkan AY memujuk agar sijil pemilikan harta berkenaan dinamakan atas namanya dan kemudian mengatakan surat hibah akan dibuat agar ibu angkatnya boleh tinggal di situ.

Dedah Tribun Sumsel, AY turut berang dan tidak menerima nasihat Siti Marbiah agar tidak menikah buat kali keempat.

Kesal dengan warga emas berkenaan, AY tekad mengusirnya.

Siti Marbiah difahamkan terpaksa menumpang kediaman orang lain selama lapan bulan.

Iklan

Setakat kisah ini ditulis, mediasi yang dilakukan tidak menemui titik penamat kerana AY enggan menyerahkan rumah berkenaan kepada Siti Marbiah.

Baca juga: Anak bagi duit, tapi tak ziarah ibu bapa, macam mana tu… 

Sumber: Tribun Sumsel

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!