LAZIMNYA, haiwan peliharaan bersifat comel, manja dan jinak. Kucing antara haiwan yang menjadi pilihan ramai.

Namun begitu, lain pula cita rasa sebuah keluarga di Myanmar apabila memelihara seekor singa berusia 18 bulan di perumahan elit di Boeung Keng Kang, Phnom Penh

Bagaimanapun, kasih sayang yang dilimpah tidak berpanjangan apabila singa seberat 70 kilogram (kg) itu dirampas pihak berkuasa selepas menerima aduan.

Kisah singa berkenaan menjadi tular di laman media sosial Tiktok yang mana rakaman video berlatar belakang sebuah vila di Phnom Penh.

Pemiliknya warganegara China berkongsi beberapa foto yang memaparkan aksi singa berkenaan duduk di atas jalan dan disembur air menggunakan hos.

Menurut jurucakap Kementerian Alam Sekitar, Neth Pheaktra, singa terbabit diimport dari luar negara dan siasatan dijalankan ekoran ia tular di Tiktok pada bulan April lalu.

Kata Pheaktra, manusia tidak berhak memelihara spesies terlindung dan jarang ditemui sebagai haiwan peliharaan.

Difahamkan, singa berkenaan telah dianiaya apabila semua gigi dan kuku dibuang. Badan kebajikan haiwan, Wildlife Alliance menyifatkan ia perbuatan yang kejam.

“Gigi taring dan kuku singa tersebut telah dicabut. Ini akan menurunkan kualiti hidup singa,” kongsi badan kebajikan berkenaan di Facebook.

Justeru, pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk memindahkannya ke Pusat Penyelamat Hidupan Liar Phnom Tamao di pinggiran ibu kota Phnom Penh.

Iklan

Haiwan tersebut dirampas sehari selepas pengguna Twitter menyiarkan tembakan ke udara selepas haiwan itu berkeliaran di sebuah taman.

Untuk pengetahuan korang, kucing domestik adalah daripada spesies Feline. Ia kelihatan sama dengan Felidae bersaiz besar antaranya singa, harimau dan puma.

Iklan

Terdapat 36 spesies ‘kucing besar’ dalam jenis Felidae yang jenis karnivor untuk berburu.

Haiwan terbabit akan mengejar dan menerkam mangsa. Tidak seperti haiwan karnivor lain kuku tajam spesies itu boleh disembunyikan pada hujung kaki.

Walaupun tidak terlalu agresif, kecenderungan semula jadinya sebagai pemangsa perlu diingati.

Baca juga Sakit Dan Tertekan Emosi Punca Gajah Naik Minyak Sampai Pijak Penjaga

Walaupun dalam keadaan bermain, ukuran dan kekuatan haiwan tersebut boleh manjadi satu ancaman kepada manusia.

Singa lazimnya hidup di habitat seperti kawasan savana dan padang rumput, belukar dan hutan. Ia lebih gemar hidup berkawanan berbanding spesies keluarga Felidae yang lain.

Antara habitat siang di Gurun Sahara, Afrika dan Taman Nasional Hutan Gir di India.

Sumber: AFP, South China Morning Post