HAMPIR enam bulan peperangan antara Palestin-Israel, namun ia bukan penghalang buat Omar Ismail untuk mencipta sejarah sebagai rakyat Gaza pertama layak ke Sukan Olimpik 2024 bagi acara taekwondo.

Beliau berjaya menempah tiket ke Paris dengan memenangi kejohanan kelayakan Asia di Tai’an, China baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Omar muncul antara salah seorang daripada tiga warga Palestin yang beraksi dalam acara kelayakan bagi acara berkenaan.

Baca juga:Potensi menyerlah! Jaguh muda 18 tahun layak ke Olimpik Paris 2024, 8 info menarik Ariana Nur Dania

Atlet tersebut menduduki tempat kelima bagi kelas 58 kilogram, mengatasi lawan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Afghanistan dan Arab Saudi.

“Amat berbangga dan gembira untuk mengatakan bahawa saya telah berjaya sejauh ini.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih yang hebat termasuk Persekutuan Palestin kerana menjadi sistem sokongan terbaik.

“Satu peluang seumur hidup dan kini selangkah lebih dekat dengan pingat Olimpik,” kata empunya diri menerusi catatannya di Instagram.

Baca juga:Selepas pingat gangsa di Sukan Asia, Azeem laung tekad cetak kejayaan di Sukan Olimpik pula!

Ismail merupakan juara tiga kali Arab dan pernah meraih pingat gangsa dua kali pada Kejohanan Taekwondo Dunia.

Iklan

Kelayakan beliau ke Paris 2024 akan menjadi sumber inspirasi kepada berjuta-juta rakyat Palestin, terutamanya di Gaza yang mana tentera zionis mengepung 2.3 juta penduduk berikutan serangan kumpulan militan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober tahun lalu.

Baca juga:Ibarat bom jangka, Azizulhasni kongsi detik cemas simptom sakit jantung sebelum Sukan Olimpik

Susulan peperangan dahsyat itu, ia kini mengorbankan lebih daripada 31,000 rakyat Palestin, menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal dan memusnahkan sebahagian besar kawasan yang dibina.

Untuk rekod, hanya 26 atlet pernah mewakili Palestin di Sukan Olimpik. Antaranya, Majed Abu Maraheel dalam acara 10,000 meter pada temasya 1996 di Atlanta.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!