SIAPA sangka seluar dalam wanita dijual dengan harga yang begitu tinggi.

Seluar dalam wanita itu begitu bernilai kerana ia simbol perjuangan.

Simbol itu merupakan tanda yang dibuat oleh pemiliknya, yang bukan sembarangan orang, Eva Braun.

Dia adalah isteri pemimpin Parti Nazi Jerman, Adolf Hitler.

Menerusi laporan Tribunnews memetik Mirror, pakaian dalam itu dijual dengan harga 6.000 pound (sekitar RM32.121.81).

Sebenarnya, sebelum ini celana tersebut hanya berharga £ 800 sterling (sekitar RM4197.69) sahaja namun harganya melambung naik apabila terdapat banyak permintaan daripada pengumpul barang sebegitu.

Seluar dalam wanita bewarna ungu tertulis perkataan Braun di bahagian depan itu ditemui oleh seorang tentera Amerika di sebuah bunker terbengkalai di sebelah rumah Berghof Hitler di Pegunungan Alpen Bavaria.

Iklan

Artikel berkaitan: Sakan mencarut sesama sendiri, lima ekor burung kakak tua terpaksa dikuarantinkan

Setelah Perang Dunia II berakhir, askar itu membawanya ke AS dan bertukar tangan dua kali sebelum jatuh ke tangan pengumpul Britain.

Iklan

Menurut seorang penjual lelong, Sophie Jones mengatakan semua barang itu dimiliki oleh pemungut Britain selama bertahun-tahun.

“Seluar dalam sudah agak lusuh tetapi tidak ada lubang dan masih dalam keadaan baik.

“Warnanya sudah pucat kerana pudar seiring dengan waktu,” ujarnya.

Seluar dalam, yang dihiasi dengan renda dan pita putih, dipercayai dibuat pada tahun 1940-an.