Syukur saf rapat semula, ramai gembira penjarakan fizikal di Masjidil Haram, Masjid Nabawi berakhir
BERAKHIR sudah penguatkuasaan peraturan saf penjarakan fizikal sejauh satu meter di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Ahad lalu buat pertama kali solat berjemaah di masjid berkenaan dilasanakan dalam kapasiti penuh seperti sebelum tercetusnya pandemik Covid-19.
Pelbagai foto dan video beredar di pelbagai platform media sosial memaparkan pelekat penjarakan fizikal ditanggalkan dan saf solat berjemaah dirapatkan tanpa penjarakan fizikal.
@khaled_uae31♬ الصوت الأصلي - bohamad
“Sekatan kapasiti dikeluarkan, penjarakan fizikal dihapuskan. Ke arah perlaksanaan solat secara normal,” ciap Haramain Sharifain.
PICTURES: Capacity restrictions removed, social Distancing abolished.
Path towards normality pic.twitter.com/WEY3is3cEX
— Haramain Sharifain (@hsharifain) ?ref_src=twsrc%5Etfw">October 17, 2021
Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata syarat lengkap vaksinasi dan wajib memakai pelitup muka di kawasan sekitar Masjidil Haram masih dikekalkan.
Disamping itu, pekerja dan pengunjung juga wajib berdaftar menerusi aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.
Kaabah masih dikepung dan tidak boleh dihampiri dalam jarak dekat.
Baca juga: Keajaiban 15 Ramadan. Hujan Lebat 3 Jam, Makkah Dilanda Banjir Kilat & Hujan Batu
Foto dan video yang dikongsikan diterima baik netizen yang rata-rata bersyukur dengan penguatkuasaan terbaru di kedua-dua masjid tersebut.
- “Alhamdulillah. Semoga ada rezeki dan dipanjangkan umur ke sana. Aamiin
- “Syukur Alhamdulillah.”
- “Labbaik Allahumma Labbaik...”
- “Allahuakbar, rasa sebak. Syukur Alhamdulillah.”
Terdahulu pada April 2020, pelaksaan solat berjemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pernah dilarang sepanjang Ramadan bagi mengekang perebakan koronavirus.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang