Tak bayar upah, roboh semula, kontraktor bengang pelanggan tak langsai kos pembinaan

A
A
A

SESIAPA sahaja akan marah apabila kerja yang dilakukan tidak dibayar seperti yang dijanjikan.

Dipercayai tidak berpuas hati kerana pelanggan gagal melangsaikan upah, seorang kontraktor di Colorado bertindak memecahkan semula tandas dibinanya.

Menurut laporan Daily Mail, kontraktor berkenaan ‘merobohkan’ binaan sebuah bilik air di kediaman pelanggannya menggunakan tukul.

Video berkenaan memaparkan lelaki itu menghancurkan inding dan jubin yang sudah dipasang.

Jiran kediaman itu tersebut telah meminta kontraktor berkenaan menghentikan tindakan itu, namun tidak dihiraukannya.

Baca juga [VIDEO] Gaya Pelik Kambing Hitam Berjalan Buat Ramai Merinding, Padanlah Pemilik Mahu Jual Cepat-Cepat

Pemilik rumah berkenaan mendakwa telah membayar sebanyak AS$3,330 ( RM13,961) dan masih berhutang AS$7,555 (sekitar RM31,674).

Tuan rumah diberi masa sehingga petang Jumaat lalu untuk membayar baki berkenaan.

Bagaimanapun, selepas melihat keadaan pintu tandas yang belum dipasang, dia telah meminta kontraktor berkenaan untuk kembali menyelesaikan kerjanya.

Pun begitu, pada Sabtu pagi, kontraktor tersebut didakwa kembali dengan membawa alatan untuk meruntuhkan tandas tersebut semasa dia sedang bekerja.

Kedua-dua pihak memberitahu DailyMail.com bahawa mereka mahu membawa ke berkenaan ke mahkamah tuntutan kecil.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang