Tak berjaya beli penthouse termahal di Dubai, wanita ini sanggup berbelanja RM550 untuk segugus anggur

DALAM keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi hari ini, ramai yang bergelut dengan masalah kewangan.

Ada yang di antara kita terpaksa berkira-kira untuk berbelanja bagi memastikan pendapatan yang dimiliki cukup untuk meneruskan kehidupan harian.

Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang wanita kaya yang tinggal di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Beliau tidak langsung berkongsi kebimbangan seperti ramai yang kita alami.

Berdasarkan laporan oleh The Sun, wanita tersebut dengan bangganya berkongsi kegembiraannya membeli segugus anggur berharga 428 Dirham UAE atau bersamaan RM550.

Dalila Laaribi sering mendedahkan kehidupan mewah dan barangan mahal yang dibelinya melalui TikTok menggunakan username @dalilalaaribi.

Baca juga: Teksi terbang bakal beroperasi pada Sukan Olimpik Paris 2024, 30 pengusaha aeronautik seluruh Eropah cuba nasib

Menerusi satu entri yang dimuat naiknya baru-baru ini, Dalila yang mengenakan busana berwarna unggu dan emas itu dilihat sedang duduk berehat sambil memegang segugus anggur.

 

“Memandangkan saya tidak dapat membeli penthouse termahal di Dubai, saya memutuskan untuk mendapatkan anggur paling mahal di dunia.

“Saya tak mahu makan pun,” katanya menerusi klip video yang telah mendapat lebih 7.7 juta tontonan tersebut.

Baca juga: Carmen Dell’Orefice model tertua dunia, usia 92 tahun masih aktif di pentas peragaan

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Walaupun demikian, dalam satu lagi video pula, Dalila merakam dirinya mencuba buah kayangan tersebut bagi memastikan ia berbaloi.

“Baunya seperti Chanel”, ujarnya sambil memetik sebiji anggur itu dan menggigitnya separuh.

Beliau kemudian berkata, rasa buah berkenaan sangat sedap dan berbaloi dibeli.

Iklan

Baca juga: Paling mahal di dunia, helang bernilai RM1.9 juta! Berikut 5 fakta mengenainya

“Sudah tiba masanya untuk menjual beberapa buah penhouse lagi supaya saya mampu membeli lagi anggur ini,” katanya.

Rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen tentang snek mahal Dalila.

“Saya tidak mampu membeli anggur biasa pun,” kata seorang pengguna.

Iklan

“Orang ramai kelaparan dan hidup dalam kemiskinan semasa anda membeli anggur berharga RM550 hanya untuk dipamerkan di media sosial. Jiwa anda hodoh,” komen seorang lagi pengguna.

Sumber: The Sun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang