Tak puas hati pembahagian harta pusaka, lelaki tergamak bakar kubur bapa

BARU-baru ini tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki membakar pusara di tanah perkuburan.

Video yang dimuatnaik di Instagram @nenk_updatee menjelaskan lelaki berkenaan membakar kubur bapanya dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati berkaitan harta pusaka.

“Cerita daripada lelaki yang memadamkan api itu, dia telah terlihat seseorang datang dengan kereta putih.

“Dia sengaja datang ke kubur ayahnya dengan niat untuk membakar kubur ayahnya sendiri,” jelas pemilik video berkenaan dipetik dari Suara.com.

Difahamkan kejadian sebegitu telah terjadi sebanyak beberapa kali.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki datang memadamkan api di pusara berkenaan.

Bukan sahaja membakar, menurut pemilik video, ada individu yang sanggup memecahkan batu nisan kubur hanya kerana tidak berpuas hati dalam soal wasiat pembahagian harta pusaka.

Video berkenaan menjadi viral sehingga ditonton lebih 47 ribu kali.

Baca juga Remaja Dinoda 33 Lelaki Dalam 8 Bulan, Takut Buat Laporan Polis Kerana Diugut

Iklan

Menyentuh tentang bab pembahagian harta pusaka, tidak dinafikan wujud waris yang tidak bersetuju wasiat yang telah ditinggalkan oleh orang tua.

Pun begitu, sebaik sahaja seseorang meninggal dunia hartanya automatik akan menjadi harta pusaka dan harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.

Proses faraid telah pun bermula dan berjalan sebaik sahaja seseorang itu meninggal dunia.

Iklan

Faraid maksudnya ketetapan dan ia adalah ilmu tentang kaedah pembahagian harta pusaka yang menetapkan siapakah waris yang layak dan berapakah bahagian yang diperolehi setiap seorang secara khusus.

Selain membahagikan harta pusaka mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam faraid, waris juga boleh membahagikan harta secara muafakat atau persetujuan.

Kaedah ini dinamakan takharruj iaitu melepaskan hak faraid secara sebahagian atau sepenuhnya, beberapa syarat mesti dipenuhi antaranya perlulah dipersetujui oleh semua waris yang lain dan waris-waris ini hendaklah terlebih dahulu mengetahui berapa bahagian faraid mereka yang sebenar sebelum melepaskan hak mereka.

Namun sekiranya waris-waris tidak sepakat dan tiada persetujuan yang dicapai, maka kaedah asal pembahagian secara faraid akan terpakai.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @nenk_updatee, Suara.com