SEJAK hampir dua tahun Covid-19 mula menjangkiti manusia, ia telah meragut berjuta-juta nyawa dan pelbagai varian juga telah ditemui.

Terbaru, varian dinamakan Omicron diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian yang membimbangkan (variant of concern – VOC).

Pasukan saintis Afrika Selatan menyatakan kebimbangan mengenai varian baharu di kenali sebagai B.1.1.529 yang telah dikesan dalam skala kecil di negara itu dan kini mereka sedang berusaha untuk memahami potensi implikasinya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kebimbangan timbul berdasarkan kadar mutasi varian baharu itu yang ‘sangat luar biasa’ kerana mampu mengelakkan tindak balas imun badan manusia, menjadikan ia boleh mudah dijangkiti.

Pakar epidemiologi dari Kesatuan Saintis Amerika Syarikat, Dr Eric Feigl-Ding turut memaklumkan Omicron ‘agak serius’ dan berisiko mencetuskan Pandemik 2.0 di sana.

Malah lebih membimbangkan apabila Dr Eric Feigl-Ding menyatakan varian Omicron menjangkiti mereka yang divaksinasi dan bekas pesakit Covid-19 atau ‘Covid Survivor’.

Namun apa yang menakutkan, varian Omicron dilaporkan turut aktif menyerang kanak-kanak!

Baca juga Varian baru Covid-19, Omicron boleh cetus Pandemik 2.0, 10 fakta penting mengenainya

omicron

Itulah yang terjadi di Afrika Selatan, ramai kanak-kanak dimasukkan ke hospital di pusat perebakan Omicron.

Menurut Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NICD), kanak-kanak bawah umur dua tahun menyumbang kira-kira 10 peratus daripada jumlah kemasukan ke hospital di pusat perebakan varian baharu Covid-19 Omicron di Tshwane.

Pakar kesihatan awam di NICD, Waasila Jassat, berkata lebih ramai kanak-kanak dimasukkan ke hospital kini berbanding sewaktu peringkat awal negara ini dilanda gelombang keempat penularan Covid-19 ketika ini.

Katanya, trend tersebut serupa berlaku ketika gelombang ketiga melanda dengan varian Delta.

Iklan

Ujar Jassat yang juga antara individu terbabit dalam usaha membangun dan mengendalikan sistem pemantauan hospital nasional bagi Covid-19 di Afrika Selatan, kanak-kanak pada usia sangat kecil memiliki sistem imun yang belum matang serta mereka tidak divaksin, justeru golongan itu lebih terdedah kepada risiko.

Tegas beliau, peningkatan kadar kemasukan ke hospital itu berkemungkinan menggambarkan ibu bapa perlu mengambil langkah lebih berjaga-jaga, susulan kebimbangan akan mutasi varian baharu terbabit.

“Orang ramai dilihat lebih cenderung untuk memasukkan kanak-kanak ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga kerana jika anda merawat mereka di rumah, kejadian buruk boleh berlaku terutama kanak-kanak pada usia sangat kecil kerana terdapat kadar kematian lebih tinggi,” kata Jassat.

omicron

Varian Omicron kali pertama dikenal pasti oleh saintis Afrika Selatan.

Meskipun gejala jangkitan Omicron dilihat sebagai ringan, setakat ini, risiko sebenar daripada strain baharu itu masih belum dapat dipastikan.

Iklan

Baca juga Varian baru Covid-19, Omicron boleh cetus Pandemik 2.0, 10 fakta penting mengenainya

Kerajaan negara di serata dunia meningkatkan sekatan perjalanan susulan kemunculan Omicron, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memberi amaran varian itu boleh mencetuskan lonjakan baharu penularan Covid-19.

Justeru, diharapkan kita semua lebih berhati-hati dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Sumber: Agensi