Tempe gergasi Kang Sarwono viral, makanan popular bentuk bunga, ikan saiz 6 kali ganda buat netizen terkesima

A
A
A

PENANGAN tempe gergasi atau popular dipanggil Mendoan Raksasa Kang Sarwono di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia bukan biasa-biasa.

Makanan superfood yang terkenal dalam masyarakat Jawa tersebut mencetuskan fenomena apabila bersaiz jumbo enam kali ganda berbanding tempe biasa.

Selain dijual pada harga paling mahal RM6 sahaja, tempe goreng itu berukuran 20 hingga 30 sentimeter membuatkan peminat makanan berkenaan teruja.

Bak kata mereka, memang puas hati dapat makan pada saiz jumbo!

Memetik kenyataan peniaga yang bernama Kang Sarwono di portal Kompas, beliau yang sudah mengusahakan jualan sejak tahun 2009 amat mementingkan kualiti produk.

tempe

Ini kerana menurutnya, semua proses pembuatan tempe dibuat sendiri bagi memastikan produk itu dihasilkan dengan baik.

"Dulu pernah viral di TikTok dan sekarang ini mereka masih suka makan. Selain diundang untuk mengikuti pesta makanan, gerai di Banjarnegara pun memang ramai yang datang.

Baca juga [VIDEO] Uniknya tempe Jalur Gemilang, pramugari zahir cinta negara, paling mencabar acuan bintang 14 bucu

"Makanan yang digelar VIP itu memang mempunyai peminat sendiri. Walaupun harga agak mahal, tapi berbaloi," katanya.

tempe

BENTUK UNIK

Sementara itu, lapor banjarnegaraku.com, Sarwono juga berusaha untuk membuat kelainan untuk menarik perhatian orang ramai.

"Selain rasanya yang enak, saya juga suka membentuk tempe mengikut corak seperti ikan, bunga dan lain-lain.

tempe

"Pendekatan sebegitu ditambah saiznya yang besar juga membuatkan ramai suka tengok dan makan. Mungkin ini juga faktor membuatkan Mendoan Raksasa Kang Sarwono semakin viral," ceritanya memetik portal tersebut.

Sarwono memberitahu, tempe gergasi jualan beliau lebih istimewa kerana cara pembuatan kulinari berkenaan sangat rumit dan perlukan ketelitian.

Baca juga Bukan makanan sembarangan, kajian antarabangsa buktikan 1,001 khasiat hebat tempe! Memang buat kita terkejut

"Paling penting bahan asas utama iaitu kacang soya yang bermutu tinggi direbus sebanyak dua kali dan saya hanya menggunakan daun sebagai pembungkus.

"Aroma daun yang harum mempengaruhi rasa. Selain itu, pemilihan minyak masak juga penting supaya warnanya lebih keemasan," kata usahawan tersebut yang menawarkan cili atau kicap sebagai penambah selera.

tempe

Secara umumnya, tempe yang dijual Sarwono mempunyai tiga saiz yang dijual pada harga bermula RM3.60 hingga RM6 mengikut selera pelanggan.

Bukan setakat laris dijual melalui pemborong dan francais sekitar Indonesia, malah difahamkan pek sejuk beku makanan itu juga pernah dipasarkan hingga ke Hong Kong, China.

Baca juga Tempe goreng daun kari mudah, anak-anak gerenti suka

Hebat pemuda inikan? Selain bijak mempelbagaikan hasil jualan, harganya pun tidaklah mahal dan mampu dibeli semua orang.

tempe

Paling penting, ikhlas dalam berjualan. Barang baik, sedap dan berkualiti selalunya kekal lama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang