BRUNEI Darul Salam menjadi perhatian apabila memendekkan waktu bekerja kepada kakitangan kerajaan kepada enam jam sehari sepanjang bulan Ramadan.

Kenyataan surat pekeliling diedarkan menerusi Jabatan Perdana Menteri Brunei itu menyatakan titah perkenan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang merangkumi waktu bekerja di kementerian dan jabatan kerajaan di sana.

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

Pada bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi operasi, pekeliling berkenaan menetapkan waktu bekerja bagi kakitangan awam dari jam 8 pagi sehingga pada jam 2 petang.

Manakala pada hari Jumaat, operasi bermula dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi iaitu kira-kira tiga jam setengah.

Sementara itu, bagi pekerja-pekerja yang menerima gaji hari, waktu bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu bekerja biasa dan penentuan memulakan kerja terserah kepada budi bicara kementerian dan jabatan masing- masing.

Baca juga: [20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Berita pengurangan waktu bekerja itu disambut baik warganet yang rata-rata menyatakan kesyukuran.

– ” Macam biasa setiap tahun, Alhamdulillah syukur.”

– “Insya-ALLAH, akan sambut Ramadan di bumi Darussalam buat kali keenam pada tahun ini. Alhamdulillah, waktu pejabat sepanjang bulan Ramadan sehingga jam 2 petang sahaja. Semoga ALLAH permudahkan urusan seharian kita semua, aamiin.”

Iklan

Baca juga: 457 hari Brunei sifar Covid-19, terima 7 kes positif tempatan, 6 langkah dilakukan serta merta

Sumber: Radio Televisyen Brunei

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi