Jangan lupa follow kami di Instagram!

SITUASI kubur perlu digali semula bukan perkara baharu, apatah lagi apabila melibatkan proses bedah siasat ataupun pemindahan kubur.

Namun begitu lain pula kisahnya di Kampung Bulusan, Karangdowo, Klaten, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini.

Gara-gara terlupa membuka ikatan tali pada kain kafan, maka sebuah keluarga menggali semula kubur wanita berusia 50 tahun.

Menurut laporan Detik.com, keluarga arwah dikatakan tidak tenang dengan keadaan tersebut lalu memutuskan menggali semula kubur berkenaan.

Ketua Kampung Bulusan, Heri Purwoko, memaklumkan bahawa keluarga terbabit menyatakan bahawa terlupa untuk membuka ikatan tali kain kafan pada jenazah.

Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

Sebaik sahaja menerima aduan itu, penghulu segera menghubungi pihak polis dan sukarelawan untuk proses menggali semula kubur tersebut.

“Memang benar kubur itu digali semula dan tali ikatan jenazah sudah dilepaskan,” kata Heri.

Selepas kubur itu digali dakwaan mengatakan tali kain kafan tidak dibuka adalah benar.

Iklan

Heri berkata, waris menyangkakan tali kain kafan telah dibuka serta-merta memandangkan jenazah dibawa dari hospital.

Baca juga Berbaloi berlatih di garaj Jasin, Melaka Hidilyn Diaz raih emas pertama Filipina

Iklan

Difahamkam, mangsa meninggal dunia dipercayai serangan sakit jantung pada minggu lalu.

Sementara itu, jurucakap polis Karangdowo, Aleg Ipanudin mengesahkan mengenai kejadian itu.

Sumber: Detiknews