BIASANYA yang kita mendengar majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan kerana pengantin lelaki gagal hadirkan diri.

Namun begitu, berlainan pula kisahnya di India apabila seorang pengantin lelaki terus membatalkan
perkahwinannya kerana keluarga pengantin perempuan tidak menyediakan lauk kari daging biri-biri yang diingini.

Bahkan, lelaki itu tegar melangsungkan perkahwinan dengan wanita lain pada sebelah petang hari yang sama.

Menurut laporan New Indian Express, Ramakant Patra, 27, tiba pada upacara perkahwinan di Jaipur, India minggu lalu.

Beliau disambut pihak pengantin perempuan dan mempelawa menikmati makan tengah hari dahulu sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Difahamkan, sebelum ini pengantin lelaki meminta supaya kari biri-biri disajikan sebagai sebahagian lauk kenduri, tetapi malangnya tidak direalisasikan.

Maka, terus berlaku kekecohan dan pertengkaran antara pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan.

Iklan

Biarpun dipujuk berkali-kali lelaki berkenaan tetap berkeras lalu pergi meninggalkan majlis dan membatalkan upacara perkahwinan.

Bagaimanapun, menjadi tanda tanya apabila pada sebelah petang hari yang sama, Ramakant mengambil keputusan mengahwini wanita lain.

Kari ayam tanpa santan 20 minit jer, boleh masak sambil buat kerja lain

Iklan

Menurut OpIndia, kari biri-biri adalah hidangan popular di Odisha, iaitu kampung halaman pengantin lelaki tersebut

Baca juga UAE: Penduduk tiada vaksin, tak boleh masuk mall, kafe dan…

Ia dianggap sajian wajib dihidangkan pada majlis perkahwinan dan kebanyakan acara sosial termasuk pesta dan aktiviti piknik.

Bahkan, keluarga pengantin yang gagal menyajikan kari daging biri-biri pada majlis perkahwinan akan menjadi mangsa kritikan tetamu.

Aduhai, hanya kerana makanan majlis perkahwinan batal begitu sahaja.