KEBAKARAN hutan boleh menjejaskan kondisi kesihatan manusia, flora dan fauna.

Bukan sahaja api yang marak, malah kepulan asap dan suhu panas akan menyebabkan kecederaan sehingga boleh meragut nyawa.

Turki kini sedang diselubungi duka lantaran kejadian kebakaran hutan di selatan negara itu pada Khamis.

Insiden terburuk dalam sejarah negara itu telah menyebabkan tiga orang mati.

Baca juga Atlet Bola Tampar Turki Curi Tumpuan, Jelita Persis Ratu Cantik

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, semua sokongan yang diperlukan akan diberikan kepada rakyat terjejas dan siasatan dijalankan untuk mencari punca kebakaran.

Pelbagai usaha memadamkan kebakaran giat dilakukan melibatkan ratusan pekerja perhutanan.

Pada masa sama, dibantu helikopter dan kapal terbang yang menumpah serbuk pemadam api di ladang dan bangunan terbakar khususnya di persisiran pantai Manavgat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Baca juga 5 Jenis Bunga Terkenal Di Turki. Cantik, Tapi Hati-Hati Ada Yang Beracun

Iklan

Sementara itu, Pegawai tempatan memberitahu, penduduk di empat daerah juga sudah dipindahkan dan sebahagian api berjaya dikawal.

“Ini adalah tragedi buruk yang sangat luar biasa,” kata Datuk Bandar Manavgat, Sukru Sozen kepada CNN Turki.

“Api melanda di empat lokasi serentak ini dipercayai perbuatan khianat, tetapi setakat ini kami tiada maklumat secara terperinci,” jelasnua kepada stesen televisyen NTV.

Memetik laporan Apnews, Menteri Pertanian dan Perhutanan Turki, Bekir Pakdemirli menjelaskan bahawa kebakaran liar merebak dengan cepat kerana suasana kering, angin kencang dan panas terik.

Katanya, satu lagi kebakaran telah berlaku semalaman dan melanda daerah Akseki kira-kira 50 kilometer (km) ke utara Turki.

Iklan

Direkodkan, sebanyak 53 kebakaran hutan dilaporkan di negara itu sejak Khamis dan kebanyakannya dapat dikawal.

Tiga orang meninggal dunia manakala 112 orang terjejas termasuk 58 dimasukkan ke hospital kerana terhidu asap.

Bukan itu sahaja, seramai 10 individu yang sedang mendapatkan rawatan intensif intubasi di Hospital Negeri Manavgat terpaksa dipindahkan ke hospital lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Lebih menyedihkan kira-kira 1,000 ekor haiwan ternakan mati, sementelah 1,500 ekar tanah pertanian dan 120 ekar rumah kaca pertanian musnah di Manavgat.

Sumber dan foto: Reuter, AP News