Tragedi Nanggala: Melly Goeslaw luah rasa pilu, terfikir bagaimana pengakhiran dirinya nanti

A
A
A

PENYANYI terkenal dari negara sebarang, Melly Goeslaw menzahirkan rasa sedih dengan kejadian kapal selam KRI Nanggala 402 yang tenggelam baru-baru ini.

Dengan nada penuh keinsafan, pelantun lagu Ada Apa Dengan Cinta Itu berkata, ALLAH SWT telah memilih sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA untuk mati syahid.

Melalui entri Instagram miliknya semalam, Melly juga secara terbuka memikir dan mengenangkan tentang takdir dirinya pada masa akan datang.

"Kita yang masih diberikan hidup belum tentu pengakhiran yang bagus.

"Semoga pandemik, bencana alam dan musibah tenggelamnya kapal Nanggala 402 menjadikan kita lebih sedar bagi memperbaiki diri dan ibadah kita," tulisnya.

Dalam pada itu, perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai para pengikut Melly.

Mereka turut menzahirkan rasa sayu dan menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban dalam insiden itu.

Berikut antara reaksi peminatnya:

Terdahulu, KRI Nanggala 402 dilaporkan telah terputus hubungan pada jam 4.25 pagi pada Rabu lalu semasa menjalani misi latihan tembakan torpedo.

Semasa kejadian, kapal selam buatan Jerman pada tahun 1978 itu membawa bersama 53 orang kru.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Kapal terbelah 3, 53 kru KRI Nanggala 402 gugur. Lagu terakhir Sampai Jumpa buat ramai pilu

Bagaimanapun, pada Ahad lalu, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia mengesahkan semua kru kapal tersebut telah terkorbon.

Semoga ALLAH SWT titipkan pengakhiran yang terbaik buat kita semua. Salam takziah daripada SinarPlus khas buat keluarga mangsa terlibat.

Al-Fatihah (dengan bacaan).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang