Tragis! Bengang suami buang anak ke sungai dan kaki pukul, isteri pengg@l kepala. 'Tangan penuh dar@h, pengsan selepas...'

Foto: Ihsan Tribun Banjar
Foto: Ihsan Tribun Banjar
A
A
A

KEKEJAMAN dan bertindak ganas kepada isteri serta anak tiri, seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan tragis!

Dalam kejadian di di Dusun Uman, Desa Paramasan Atas, Kecamatan Paramasan, Kabupaten Banjar, Kalimantan Selatan, lelaki dikenali sebagai DI ditemui dalam keadaan kepala dipenggal dan anggota badan juga terputus.

Baharu dua bulan bernikah dan masih berstatus pengantin baharu, ramai tidak menyangka ia adalah angkara si isteri yang dkenali sebagai Fatimah. 

Lapor media Indonesia, kejadian yang berlaku pada 16 Julai lalu bermotifkan dendam disebabkan suspek menjadi mangsa DI yang merupakan kaki pukul.

No Image Caption

Paling kejam, lelaki yang bekerja sebagai pendulang emas itu dipercayai membuang anak berusia dua tahun hasil perkahwinan pertama isterinya ke dalam sungai sehingga membawa kepada pembunuhan tersebut. 

Berikut kronologi yang dikongsikan Tribun News:

1-Menurut ketua kampung Paramasan Atas, Ihsan, mayat lelaki it ditemu ketika dalam perjalanan menuju ke tapak mendulang emas bersama kumpulannya.

Artikel Berkaitan:

2-Dalam perjalanan mereka melalui hutan, mangsa memberitahu rakan-rakannya untuk meneruskan perjalanan dan dia akan berhenti seta berjanji untuk mengikut mereka semula.

3-Selepas itu, rakan-rakannya terus ke tapak mendulang emas, tetapi mereka menunggunya tetapi dia tidak kunjung tiba. 

4-Kemudian, Fatimah sampai di tapak mendulang  dalam keadaan berlumuran darah dan anak kecilnya di dalam pelukan.

5-Apabila ditanya keberadaan DI, Fatimah kelihatan sangat marah. Dia yang terpinga-pinga dan keletihan  meminta bantuan penduduk mencari sandalnya di dalam hutan. 

6-Bagaimanapun, apabila penduduk tiba di tempat kejadian, mereka menemui mayat lelaki tanpa kepala. 

Foto: Aplikasi X
Foto: Aplikasi X

6-Malah ketika tiba di pondok, wanita itu pengsan.

7-Sementara itu, seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan ngeri dan disyaki dibunuh atau dikerat di hutan.

8-Imej yang tersebar menunjukkan kepala dan tangan kanan putus dari badannya. Namun kepala dan tangan kanan yang putus ditemui penduduk tidak jauh dari lokasi kejadian.

9-Difahamkan, kejadian membuang anak ke sungai  anak adalah kemuncak yang mencetuskan pertengkaran  sekali gus membawa kepada pembunuhan. 

10-Pihak berkuasa melaporkan nasib baik anak kecil itu berjaya diselamatkan manakala Fatimah menerima rawatan.

Sumber: Tribun Banjar

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang