APABILA bercakap tentang kecantikan, seseorang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan penampilan yang menawan.

Disebabkan itu sesetengahnya sanggup berbelanja besar untuk menjalani rawatan kosmetik supaya mendapat bentuk wajah yang diidamkan.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya trend terbaru di TikTok baru-baru ini.

Menerusi banyak video yang dikongsikan di laman sosial tersebut, muncul kegilaan baharu yang memaparkan orang ramai memukul muka mereka dengan objek tumpul.

Idea dikenali sebagai Bone Smashing menyaksikan pengguna mematahkan tulang muka dengan tukul, botol, pengurut, pemberat atau objek tumpul lain dengan harapan akan mendapatkan wajah yang lebih menarik.

Tulang yang telah patah dipercayai akan sembuh dan membentuk struktur yang lebih baik, lapor Mail Online.

Ujar portal tersebut lagi, tiada bukti untuk dakwaan tersebut, namun wajah pelaku mungkin kelihatan lebih teruk kesan daripada perlakuan berkenaan.

Melihat kepada trend yang membimbangkan tersebut, ia menarik perhatian pakar- pakar perubatan yang menyelar tindakan tersebut.

 

Pakar bedah plastik di San Francisco, Dr Prem Tripathi menerusi satu video di TikTok berkata, orang ramai diseru supaya tidak mencederakan tulang muka dengan sengaja.

“Tindakan tersebut berisiko menyebabkan tulang sembuh dalam kedudukan yang tidak normal.

“Ia boleh membawa kepada komplikasi kesihatan dan mengakibatkan anda cacat kerana tulang tidak sembuh dengan betul,” katanya.

RAMAI SALAH TAFSIR

Walaupun trend Bone Smashing kelihatan mengerikan, namun ia mengumpulkan lebih 364 juta tontonan di TikTok.

Pasti ramai yang tertanya bagaimanakah tercetusnya trend pelik tersebut?

Ia dipercayai berkait dengan undang-undang Wolff yang dicipta oleh pakar bedah dan anatomi Jerman pada tahun 1800-an, Julius Wolff.

Menurut Wolf, tulang manusia bukan struktur yang tidak bernyawa. Ia sentiasa mengalami pengubahsuaian dan tulang lama atau rosak boleh digantikan dengan baharu.

Beliau berpendapat bahawa mengenakan daya fizikal pada tulang boleh meningkatkan kadar pembentukan semulanya.

Baca juga: Dunia dijangka lebih panas membara pada tahun 2028 daripada sekarang. Saintis suarakan kebimbangan

SUMBER energepic.com daripada PEXELS.

Kekurangan tekanan atau daya sedemikian boleh menyebabkan ia menjadi lebih nipis atau lemah.

Iklan

Pun begitu, pendapat tersebut hanya sebahagian daripada cara tulang berfungsi.

Masih terdapat banyak perkara lain yang menyumbang kepada ketumpatan tulang seperti pemakanan dan tahap hormon seseorang individu.

Baca juga: Republik Czech negara yang punya ramai lelaki berkepala botak paling ramai di dunia! Ini ceritanya

Baca juga: Terbesar di dunia! Kapal Icon of the Seas dilengkapi taman tema, boleh muatkan 7,600 penumpang

Pengguna TikTok pula menyalah tafsir tersebut dan melakukannya untuk mencantikkan wajah walaupun tiada bukti saintifik yang dijalankan.

Iklan

Sebaiknya kita pertimbangkan dahulu sebarang tindakan yang mahu dilakukan.

SinaPlus ingatkan jangan pula kita cuba trend tersebut.

Mengetuk tulang sendiri hingga patah akan menyebabkan kerosakan tisu dan berisiko terkena jangkitan yang lebih membahayakan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!