Universiti di China sudah benarkan teknologi AI ChatGPT, namun akses terhad untuk 20 carian saja

A
A
A

TEKNOLOGI AI (kecerdasan buatan) nampaknya sudah mengatasi banyak perkara.

Dalam dunia pendidikan, pengenalan ChatGPT (Generative Pre-trained Transformer) telah menjadi pendebatan hangat.

Mana tidaknya, teknologi chatbot atau bot sembang tersebut bukan saja digunakan untuk sekadar suka-suka, tapi ia 'berkebolehan' memproses maklumat dan melakukan tugasan yang mirip dengan pemikiran manusia.

Seperti yang ramai tahu, antara kelebihan lain ChatGPT adalah seperti menterjemahkan pelbagai bahasa, mencari maklumat, menganalisis teks dan menyelesaikan masalah coding.

Sudah pasti dengan kelebihan itu, ramai pelajar akan menggunakan kemudahan tersebut untuk menghasilkan tugasan tanpa perlu bekerja keras memerah otak.

TEKNOLOGI AI CHATGPT

Namun, hasil output yang terlalu sempurna untuk menyiapkan apa-apa tugasan bergantung 100 peratus kepada penjanaan teks AI membuatkan ramai berasakan ia tidak adil.

Kesan buruk yang lain adalah pelajar menjadi malas untuk berfikir, menggalakkan penipuan dan mendorong perkongsian maklumat palsu.

Kalau disemak lebih teliti, perisian tersebut masih banyak kelemahan kerana tidak boleh memproses soalan yang terlalu kompleks. Begitu juga dengan bab agama.

 

Pun demikian, lapor South China Morning Post (SCMP), sudah banyak institusi pendidikan menerima penggunaan ChatGPT khususnya di China.

Universiti of Hong Kong antara menara gading pertama yang membenarkan penggunaan teknologi tersebut.

Namun, akses percuma tersebut hanya limit kepada jumlah soalan yang dibenarkan sahaja.

Baca juga Tanya apa sahaja, aplikasi Chatbot AI tolong selesaikan dengan cepat. Siapa yang tak nak, kan?

TEKNOLOGI AI CHATGPT

Pengarah Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajarannya, Prof Cecilia Chan Ka-yuk berkata, penggunaan generative artificial intelligence (GenAi) seperti ChatGPT dan Dall-E dimulakan pada sesi baharu menjelang September nanti.

"Kami mahu para pelajar bukan sahaja tahu menggunakan GenAi, tetapi mereka menjadi perintis untuk menguasai teknologi berkenaan.

TEKNOLOGI AI CHATGPT

"Pelajar juga boleh menggunakan software AI tersebut untuk tugasan tertentu dan hanya terhad kepada kuota 20 carian sahaja dalam sebulan," katanya.

RAMAI BUAT BANTAHAN

Sebenarnya, tidak semua negara yang mengalu-alukan teknologi AI berkenaan.

The Eagle Times melaporkan, Itali antara negara yang melarang sekeras-kerasnya penjanaan maklum balas AI tersebut.

TEKNOLOGI AI CHATGPT

Itu disebabkan berlaku pencerobohan dan hak privasi.

Selain itu, beberapa sekolah di New York dan Los Angeles, Amerika Syarikat juga mengambil pendekatan sama.

Baca juga Aplikasi Lookout dicipta khas untuk OKU, teknologi AI bantu mereka terima info dengan cepat

Mereka beranggapan penggunaan tanpa kawalan ChatGPT memberi impak negatif kepada persekitaran pembelajaran.

TEKNOLOGI AI CHATGPT

Di Malaysia, bagaimana pula penerimaannya? Kementerian Pendidikan Tinggi baru-baru ini sudah memberi respons balas terhadap trend tersebut.

Memetik media tempatan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, negara tidak menyekat penggunaan tools berkenaan.

TEKNOLOGI AI CHATGPT

Namun, ia perlu mematuhi garis paduan yang ditetapkan.

Setakat ini, satu garis panduan sudah dikeluarkan dan diedarkan kepada universiti tempatan.

Ya lah, kalau namanya teknologi percuma, mesti ramai yang teruja nak cuba.

TEKNOLOGI AI CHATGPT

Lebih-lebih lagi aplikasi yang boleh mudahkan kerja sekolah.

Jadi, apa pula pandangan kalian tentang ChatGPT? Boleh kongsikan di dalam ruangan komen kami.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang