[VIDEO] 6 maut, kapal penumpang tenggelam di Selat Bali. Ini kronologinya...

[VIDEO] 6 maut, kapal penumpang tenggelam di Selat Bali. Ini kronologinya...
June 30, 2021
Oleh Faezah Muda

SELEPAS tragedi ngeri melibatkan kapal selam KRI Nanggala 402 pada April lalu, kini Indonesia berdepan pula kejadian kapal penumpang tenggelam di Selat Bali, Indonesia semalam.

Menurut laporan CNN Indonesia, kapal penumpang yang membawa 41 penumpang dan 12 kru kapal itu tenggelam
dipercayai akibat arus kuat di perairan tersebut.

Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) berkata, ketika kejadian jam 7.12 malam (waktu Indonesia Timur), kapal KMP Yunice dalam perjalanan dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi di Jawa Timur menuju ke Pelabuhan Gilimanuk.

Arus kuat yang melanda telah menyebabkan kapal sepanjang 56.5 meter (m) dan 8.6m lebar itu dikatakan terbalik sebelum ia tenggelam.

Ketua Polis Jembrana AKBP I, Ketut Gede Adi Wibawa mengatakan kapal itu dalam perjalanan dari Pelabuhan
Ketapang, Banyuwangi.

Iklan

"Kapal itu bergerak dari Ketapang ke Gilimanuk. Kemudian kami menerima maklumat mengenai tenggelamnya
sekitar jam 7.20 malam.

"Ia karam ketika hendak berlabuh di pelabuhan. Bagaimanapun, belum diketahui sama ada kapal itu menunggu dalam talian untuk berlabuh ataupun tidak.

"Kami belum tahu kerana jarak cukup jauh dan tenggelamnya terlalu jauh," katanya.

Adiwibawa turut mendedahkan situasi semasa keadaan kapal KMP Yunice.

"Kapal itu tenggelam sepenuhnya. Ketika ini proses evakuasi penumpang masih berjalan. Fokus kami adalah memindahkan mangsa yang masih berada di laut," jelasnya lanjut.

6 maut, kapal penumpang tenggelam di Selat Bali. Ini kronologinya...

Iklan

Setakat jam 10 malam pada Selasa (waktu Indonesia Barat) seramai 47 orang berjaya diselamatkan dan operasi mencari dan menyelamat penumpang lain masih dilakukan.

Baca juga Lelaki ‘tarzan’ tak tahu wanita wujud, 43 tahun tinggal di hutan kerana perang

Bagaimanapun, dilaporkan enam maut termasuk tiga wanita yang dipercayai lemas sudah ditemui dan mayat dihantar Hospital Umum Negeri untuk tindakan lanjut.

Sumber: CNN Indonesia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bernama (@bernamaofficial)