[VIDEO] Jualan tiada pembeli, anak sanggup jadi 'pelanggan' ibunya senyap-senyap. Ramai warganet terharu...

A
A
A

PANDEMIK Covid-19 lebih setahun lalu telah banyak mengubah corak perniagaan. Lebih ramai peniaga yang kini beralih kepada beroperasi secara online.

Bukan setakat barang keperluan rumah yang kering, tetapi bahan basah turut dijual sama. Begitu juga peniaga makanan yang biasa menjual di gerai-gerai.

Hanya dengan cara itulah mereka dapat meneruskan operasi perniagaan. Pada masa sama, ia juga menjadi satu-satunya sumber rezeki kepada peniaga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Melihat kesungguhan para peniaga sebegini, sewajarnya kita menyokong usaha mereka. Paling tidak pun, belilah barang mereka walaupun sedikit.

Berlainan pula kisahnya dengan seorang pemuda di Indonesia. Gara-gara tidak sampai hati melihat ibunya yang berniaga rojak tiada pembeli, dirinya telah menjadi pelanggan kepada perniagaan ibunya.

Ini kerana itu adalah kali pertama ibunya berniaga secara online. Namun, suasana perniagaannya sepi kerana kedai ibu pemuda tadi masih tiada pelanggan yang sudi membeli.

Baca juga [VIDEO]Guna duit i-Sinar beli emas untuk mak, 6 beradik buat air mata si ibu gugur

Memetik portal Tribunnews.com, video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @afaromi18 pada hari Rabu lalu sebelum tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, @afaromi18 telah membuat pesanan rojak ibunya menerusi khidmat penghantar makanan.

Anak jadi pelanggan ibuBeliau berbuat demikian tanpa pengetahuan ibunya sendiri.

"Saya cuba buat pesanan melalui aplikasi khidmat penghantar makanan. Biar (ibu anggap) ada yang nak beli," tulisnya dalam keterangan pada video berkenaan.

Pada masa sama, ketika membuat pesanan itu, @afaromi18 sempat menjelaskan kepada penghantar makanan bahawa peniaga itu ialah ibunya sendiri.

Pemuda itu tidak mahu abang rider tadi memberitahu bahawa dirinya yang membeli makanan berkenaan.

Bahkan, rojak buah buah yang dibelinya itu diserahkan kepada penghantar makanan yang membantunya itu.

Terharu dengan tindakannya itu, rider tadi turut mendoakan agar perniagaan ibu @afaromi18 laris.

"Semoga jualan emak awak laris, bang," kata penghantar makanan itu ketika membalas pesanan @afaromi18.

Anak jadi pelanggan ibu ANTARA komen daripada warganet yang memberikan sokongan dan mendoakan agar perniagaan ibu pemuda itu laris.

Video itu ternyata menyentuh hati para warganet. Lebih 4.4 juta kali video itu ditonton.

Menjengah ke ruangan TikTok milik pemuda itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat. Tidak kurang juga yang mendoakan agar rezeki mereka sekeluarga melimpah-ruah.

Seorang warganet yang dikenali sebagai Cerindi berkata: "Ya ALLAH, terharu. Semoga rezeki namanya dilancarkan, ya ALLAH. Amin," tulisnya pada ruangan komen.

Sementara itu, Henry_Irawan pula mendoakan: "Semoga kita semua diberikan kelancaran dan kemudahan dalam mencari rezeki yang halal," tulisnya.

https://www.tiktok.com/@afaromi18/video/6924890443675208961?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6916733317400987137

Sumber: Tribunnew.com & Instagram @afaromi18

Foto:Tribunnews.com & Instagram @afaromi18

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang